Latest News

Monday 19 December 2016

Pendedahan EKSLUSIF Atau CIPTAAN CIPUT Sarawak Reports? Kerja Si Jufazli...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENDEDAHAN EKSKLUSIF 1: BUKTI SKANDAL WANG RASUAH KAYU BALAK MUSA AMAN... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)
(ii) Musa Aman perlu bertanggungjawab dengan kesahihan laporan wartawan TV3 sebentar tadi... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad(screenshot)
(iii) Kau ahli politik yang suka mengasi bodoh orang Sabah... Oleh FB Jufazli Shii Ahamd (screenshot)

JUFAZLI kini sibuk memviralkan pembohongan dan fitnah daripada Sarawak Reports berkenaan dengan satu gambar rajah skema kononnya merupakan aliran wang balak Sabah. Skema aliran wang itu hanya ciptaan Sarawak reports yang tiada asas sama sekali. Oleh kerana fitnah dan pembohongan itu tersimpan dalam alam maya, maka si penggali sampah dan seseorang yang busuk hati dan sewaktu dengannya, Jufazli sekali lagi mencari idea inovatif untuk memanjangkan pembohongan itu. Hal ini kerana sebagai seseorang yang berhati busuk, sudah tentu memilih perkara-perkara bohong dan fitnah.

Seseorang yang berhati busuk, tidak akan pernah memilih akan kebenaran melainkan yang bohong dan fitnah sahaja yang diinginkan. Ini kerana sifat itu seperti menjejaki sifat iblis laknatullah yang sememangnya sedemikian rupa.

Kepada mereka yang tidak mahu tergolong kumpulan iblis, janganlah bersekongkol dengan pengguna facebook itu kerana pahala yang sedikit anda peroleh di dunia ini akan terhapus sama sekali dan itu bagi mereka yang beragama Islam. Bagi mereka yang bukan pula, maka tanyalah hati kecil anda sendiri berkenaan dengan hal kebaikan dan kebenaran.

Pengguna facebook yang bernama Jufazli ini bukanpun membawa agenda untuk siapa-siapa. Apatah lagi untuk anak muda melainkan membawa dirinya ke kancah gelomang dosa dan atas sebab itu, janganlah terpalit pula, sebagai nasihat.

Berkenaan dengan dakwaannya, agak melucukan! Tiada satupun perkara benar melainkan palsu, fitnah dan bohong. Bagi seseorang seumpama ini, hanya doktor sakit jiwa sahaja yang boleh meredah masalahnya dengan memberikan ubat sakit jiwa. 

Kepada keluarga pengguna facbook itu atau ibu bapanya, hantarlah anak anda ke hospital sakit jiwa. Beres!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook