Latest News

Saturday, 3 December 2016

RASUAH JANS: Lagi Tuduhan Fitnah Kepada Musa!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sehinggalah siasatan skandal JANS diperingkat akhir... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

PENGGUNA facebook itu sebenarnya tidak tahu apa-apa. Atas sebab dia (Encik Jalin Luin) itu, senantiasa tinggal dalam gua seperti seekor katak di bawah tempurung sehinggakan sebuah kelapa jatuhpun dikatakan dunia mahu kiamat sudah. Dia tidak tahu 99.99% rakyat Sabah tahu akan bahawa rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang disiasat dan sedang didokumentasikan oleh SPRM sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tujuan pendakwaan. 

Semua pihak tahu kerajaan negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman berulang kali menyatakan bahawa beliau mahu mereka yang tidak amanah perlu dibawa ke muka pengadilan untuk mempertanggungjawabkan perbuatan terkutuk mereka. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan minggu lalu, Musa sekali lagi meminta SPRM mempercepatkan pendakwaan kepada mereka yang terlibat jenayah rasuah dan seterusnya menangkap mereka yang belum ditangkap berkaitan dengan jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah. 

Malah, Musa menyifatkan perbuatan itu seperti, "harapkan pagar, pagar makan padi kerana nila setitik, susu sebelanga rosak binasa". Tuntasnya kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Perbuatan beberapa orang dalam Jabatan Air Negeri Sabah yang tidak amanah adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Kepada pengguna facebook itu, janganlah menyorokkan kepala anda. Kerana tuan anda sudah disebutkan akan penglibatannya. Bukan sekali tetapi beratus kali. Hanya SPRM menunggu masa untuk menangkap tuan anda itu. Perbuatan pengguna facebook itu kononnya Musa terlibat adalah cerita dongeng dan fitnah online kerana semua pihak tahu bukan Musa tetapi tuan kepada pengguna facebook itu. 

Sekali lagi kepada pengguna facebook itu, kena sabarlah kerana hilang kabus, nampaklah gunung. Tuan anda, bila-bila masa saja akan dicekup dan pada masa itu, maka ‘kemaluan’ anda membesar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook