Latest News

Thursday 29 December 2016

RM400 Juta Kos 'Mitigasi Banjir' PENAMPANG & PUTATAN

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) When 2 years ago MP Penampang suggest RM200M needed... Oleh FB Regi B puvok (screenshot)
(ii) Pada tahun 2013, Parlimen Penampang telah membangkit isu... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

WALAUPUN ada rakyat yang tidak suka keputusan kerajaan menyediakan dana sebesar RM400 juta bagi mengatasi masalah banjir kawasan Penampang dan Putatan tetapi pasti majoriti rakyat kawasan itu gembira menerima berita berkenaan dengan keputusan itu.

Mereka yang tidak gembira selain wakil rakyat Penampang termasuk para penyokongnya dek kerana mereka akan kehilangan isu untuk membidas kerajaan berkenaan dengan banjir.

Banjir yang kerap berlaku di kawasan daerah Penampang adalah akibat pengendapan bagi kebanyakan perparitan kerana kegiatan para pemilik tanah khususnya tanah bukit yang diratakan sehinggakan lapisan atas tanah  terbawa oleh air ke kawasan rendah terutamanya sungai dan lorong perparitan.

Pembangunan pesat juga penyumbang kepada penyumbatan saluran air kerana pembangunan pesat yang menyumbang kepada mengkonkritkan kawasan tanah menyebabkan air tidak masuk ke dalam tanah apabila hujan lebat. Sebaliknya, air yang mengalir ke kawasan-kawasan rendah akhirnya mudah menyebabkan banjir kilat.

Mitigasi banjir berkos RM400 juta dijangka boleh menyelesaikan masalah banjir atas sebab perpartitan dan sistem mitgasi banjir akan dibina secepat mungkin.

Sebenarnya, kerajaan yang ada cukup peka terhadap permasalahan rakyat. Atas sebab itu, senantiasa bertungkus lumus menyediakan dana untuk tujuan mengatasi banjir kilat bagi dua kawasan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook