Latest News

Wednesday 14 December 2016

Rupanya Shafie Apdal Berdendam Tidak Dapat Menjual YAYASAN SABAH


RUPA-RUPANYA, Datuk Seri Shafie Apdal berdendam kerana tidak dapat menjual Yayasan Sabah tahun 1994, maka apabila Parti Warisan Sabah pimpinan mantan Menteri KKLW itu memerintah Sabah selepas PRU-14, maka Yayasan Sabah akan dirombak. Beliau tidak memberitahu bagaimana bentuk Yayasan itu bakal dirombak tetapi jika merujuk kepada tindakan beliau pada tahun 1994, maka Yayasan itu bakal dijual kepada pihak lain khususnya mereka yang sanggup memberi ‘kickback” yang besar seperti mana berlaku pada dana KKLW yang bernilai RM3.3 bilion, yang mana dana telah habis digunakan akan tetapi tujuan kepada dana itu tidak dapat diselesaikan.

Dana sebesar RM3.3bilion seharusnya telah menyelesaikan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), namun kerana sekongkol Shafie, akhirnya rakyat Sabah yang menderita.

Semasa berucap di Kg. Kukut, Beaufort, MP Semporna itu bercakap soal-soal Geran Komunal kononnya geran itu akan dimansuhkan jika Parti Warisan Sabah membentuk kerajaan. Kenyataan itu membawa erti bahawa beliau menggalakkan rakyat Sabah bakal tidak memiliki tanah untuk diwariskan kerana sebagaimana yang kita maklum apabila geran diberikan kepada individu, maka akan mengikuti 1.2 juta hektar tanah yang diberikan kepada rakyat pribumi, di mana kini tanah itu bukan milik pribumi lagi tetapi sudah bertukar tangan.

Rupanya, MP Semporna itu berselindung di sebalik partinya bagi menjual hak rakyat Sabah secara tidak langsung.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan tahun 1994, kalau bukan Ketua Menteri Sabah sekarang Yayasan Sabah sudahpun berada di tangan pihak lain dan rakyat Sabah secara umumnya tidak lagi mendapat manfaat daripada Yayasan itu. Sebaliknya, hanya pihak-pihak tertentu sahaja seperti mana berlaku pada konsesi balak Yayasan itu yang dipindahkan oleh Dr. Jeffrey Kitingan kepada Innoprise Bhd tahun 80-an.

Sungguh melucukan apabila MP Semporna itu bercakap berkaitan dengan ladang kelapa sawit, sedangkan ladang-ladang itu telah menjadi sumber pendapatan Sabah purata RM900 juta setahun bagi menggantikan kayu-kayan, di mana satu masa dahulu merupakan sumber utama pendapatan negeri.

Sungguh mudah bercakap secara retorik kerana apabila sudah ada kuasa di tangan, maka hak rakyatpun dilupakan sudah. Sebagai contoh, ke mana dana KKLW yang berbilion untuk rakyat Sabah? Sebaliknya, dana hanya menguntungkan beberapa kerat orang khususnya kontraktor kroni beliau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook