Latest News

Thursday 15 December 2016

Shafie, "Ibarat Lembu Patah Tanduk"


CUBA amati betul kata bidalan, "seperti lembu patah tanduk". Memahami kata bidalan itu, menghampiri tindakan Shafie Apdal selepas sahaja keluar daripada parti UMNO dan kini merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, sebuah parti yang berlambangkan perahu layar.

Atas sebab sebagai mantan pemimpin parti UMNO, Shafie mensasarkan mantan parti yang telah mengharumkan namanya sejak tahun 1995 selain sebagai wakil rakyat, malah menjadi Naib Presiden parti dan dilantik ke jawatan Menteri Kanan atau kementerian yang mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi, KKLW.

Parti UMNO dan ahlinya menjadi igauan MP Semporna itu atas sebab berbagai dakwaan dan dakyah, kononnya beribu-ribu ahli UMNO telah keluar semata-mata mengikuti langkah beliau dan mereka itu kononnya menyertai parti pimpinan beliau khususnya daripada kawasan Semporna. Benarkah???

Kalau mengikutkan cerita di laman sosial yang dikeluarkan oleh pemimpin parti itu, kononnya sehingga 30,000 ahli UMNO seluruh Sabah menyertai Parti Warisan Sabah dan yang teramai adalah daripada Semporna berjumlah 8,000 ahli. Sebagai rekod, jumlah keahlian UMNO seluruh Sabah adalah 560,000 ahli.

Tidak dinafikan, ada ahli-ahli UMNO di mana sebelumnya adalah ahli parti pembangkang yang menyertai parti itu yang kemudiannya secara diam-diam menyertai Parti Warisan Sabah kerana memang sudah menjadi adat mereka itu iaitu tiada pendirian dan senantiasa mencari peluang ibarat lalang. Bagi UMNO pula, keluarnya mereka itu membersihkan parti daripada para ahli yang bersifat musang berbulu ayam atau gunting dalam lipatan dan ahli yang tampak menyokong akan tetapi membawa rebah.

Sebenarnya, keluarnya Shafie Apdal daripada parti UMNO telah membersihkan parti daripada petualang kerana  beliau merupakan salah seorang pemimpin parti yang mensabotaj kemajuan negeri untuk menggambarkan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan parti Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, tiada keupayaan memajukan negeri.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada dana yang disalurkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian KKLW untuk membina prasarana kemudahan asas bagi penduduk Sabah, di mana dana yang cukup besar itu bukan sampai kepada rakyat, sebaliknya berakhir ke poket kroni-kroni MP Semporna itu yang menyebabkan rakyat pedalaman Sabah menderita dan dinafikan hak yang sepatutnya dimiliki rakyat.

Rakyat Sabah kena sedar, bagaimana menyokong pemimpin yang tidak amanah? Pemimpin yang khianat kepada amanah yang diberikan rakyat????!!!! Renung-renungkan.

Kini, selepas tiada kuasa, Shafie bagaikan lembu patah taduk mengamuk membuat berbagai dakwaan akan tetapi beliau tidak sedar bahawa tangan beliau bergelomang dengan najis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook