Latest News

Wednesday 14 December 2016

SOAL MA63 Sudah Persekutuan Obligasikan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baru-baru ni PM sudah cakap konon-konon mau pertimbangkan perbincangan MA63... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(ii) STAR Sila Nafikan Kerjasama Dengan Anifah Aman... Oleh WordPress Jalin Luin (screenshot)

KETUA Menteri Sabah pada sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hujung bulan lepas, ada menyatakan bahawa tiada ada apa perkara-perkara yang perlu dilihat pada MA63 kerana perjanjian itu sebenarnya sudah diambil kira dalam penggubalan Perlembagaan Negara dan di lain pihak iaitu Kerajaan Persekutuan telah memenuhi obligasinya terhadap Sabah sesuai dengan perjanjian tersebut. Namun, jika ada perkara-perkara yang terlepas pandang berkenaan dengan perjanjian itu, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melihat butiran-butiran itu termasuk menyokong desakan berbagai pihak.

Perdana Menteri memang menerima maklum dan telah bersetuju melihat berkenaan dengan perjanjian itu jika ada perkara-perkara yang tidak terpenuhi. Atas sebab itu, sebelum ini Kerajaan Negeri Sarawak beria-ia sangat mengemukakan satu cadangan melalui Sidang DUN negeri itu, namun ianya dibatalkan apabila mendapat maklum balas daripada berbagai pihak bahawa sebenarnya Persekutuan telah memberikan obligasinya terhadap perjanjian tersebut.

Bagi pihak-pihak yang tidak mempunyai data yang konkrit berkenaan dengan pemenuhan obligasi Persekutuan terhadap MA63, maka kerap membuat berbagai dakwaan berkaitan dengan perjanjian itu. Namun, dakwaan mereka itu hanya bersifat persepsi dan tidak dapat mengemukakan butiran terperinci berkenaaan dengan perjanjian itu yakni butiran mana yang tidak dipenuhi dan butiran mana yang terlebih dilaksanakan.

Dr. Jeffrey adalah salah seorang individu yang kerap sangat bercakap berkenaan dengan MA63, namun beliau tidak dapat mengemukakan butiran-butiran tepat iaitu butiran-butiran mana yang mengalami kelompangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook