Latest News

Friday 16 December 2016

UNABLE TO MAKE THE SABAH IDENTITY CARD? Penggantian Kad Penyelesaian Masalah?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa kah yang dalam BN dan selalu mengkritik Warisan berkenaan dengan IC / Kad Pengenelan tidak tanya sendiri... Oleh FB Darell Leiking (screenshot) (screenshot)

PELIK sungguh, ada pihak-pihak tertentu khususnya parti dan pemimpin pembangkang hanya melihat kepada penggantian 'Kad Pengenalan' daripada sekarang kepada bentuk baru, kononnya boleh menyelesaikan penduduk bukan penduduk Sabah. Sedangkan, semua mereka yang mempunyai kad pengenalan, di mana nombor kad pengenalan itu berada dalam sistem jabatan pendaftaran (JPN) merupakan penduduk Sabah.

Apakah melalui pengeluaran kad pengenalan baru itu bermakna sebarang dokumen yang berkaitan individu tidak boleh diguna pakai termasuk dokumen surat beranak yang ada pada Darell Leiking? Kerana jika dokumen yang sama digunakan apapun cara, apapun nama kad pengenalan baru itu, ianya akan kembali kepada square one jika dokumen yang digunakan adalah sama. Manakala data yang juga digunakan adalah data JPN kerana sejak tahun 1973, data peribadi penduduk negara ini hanya JPN sahaja yang menyimpannya secara sistematik termasuk family tree setiap keluarga.

Menukar kad pengenalan yang ada kepada bentuk lain atau apa sahaja namanya, jika menggunakan dokumen yang sama yang ada pada setiap individu, maka hasilnya adalah sama. Jika hasilnya sama, mengapa perlu membuang masa dan wang? Semata-mata untuk menyahut keinginan pembangkang? Oleh kerana sebahagian besar rakyat Sabah mengerti bahawa usaha menukar kad pengenalan apa yang dipanggil 'Kad Pengenalan Sabah' hanya membuang masa dan wang, maka meskipun keinginan itu menjadi moto parti SAPP pada PRU-13 lalu, ternyata semua calon parti itu ditolak rakyat termasuk kehilangan deposit di DUN Api-Api.

Mereka yang bercakap berkenaan dengan penggantian kad pengenalan yang ada kepada kad pengenalan yang bernama lain, sebenarnya, tidak membawa apa-apa makna. Ini kerana hasilnya akan sama kecualilah dilakukan pendatang baru penduduk Sabah dengan menggunakan dokumen baru. 

Dengan erti kata lain, semua dokumen peribadi sebelum ini tidak boleh diguna pakai! jika itu dilakukan, ertinya, keadaan itu seperti, "tikus membaiki labu, labu akan rosak binasa".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook