Latest News

Tuesday 20 December 2016

Ya! Benar! Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Turut Memalukan Kerajaan Negeri

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Km Musa Aman said sabah already advanced 99... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MEMANG memalukan kerajaan atas sebab dana untuk BELB sebenarnya sudah ada. Malah, sudahpun dituntut oleh kontraktor yang dilantik! Tetapi malang sungguh, atas kerana perbuatan segelintir pegawai yang dipertanggungjawabkan tidak amanah, bukan sahaja rakyat yang tertipu juga Kerajaan Negeri Sabah.

BELB, sebenarnya mendapat dana yang besar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) semasa Datuk Seri Shafie Apdal masih memegang portfolio kementerian tersebut. Namun, akibat kawalan dana itu dilakukan sendiri oleh kementerian itu dan melantik sendiri kontraktor pelaksana, maka demikianlah kejadiannya, banyak projek BELB di luar bandar mahupun di pedalaman terbengkalai. Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat memantau atas kerana tiada akses dan maklumat berkenaan dengan projek yang dilaksanakan KKLW. Kerajaan negeri hanya diberitahu melalui taklimat bahawa dana dan kontraktor tersedia dan pelantikan telah dibuat. Akan tetapi, terma pelantikan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri sehingga sangat sukar untuk mengetahui pencapaian sesuatu projek yang dilaksanakan oleh kementerian itu pada masa lalu.

Sebenarnya, kerajaan negeri berterima kasih kepada rakyat dan pegawai yang melaporkan keadaan seumpama ini kerana setidak-tidaknya kerajaan tahu lokasi di mana sesebuah projek yang terbengkalai. Apa yang menyukarkan kerajaan negeri untuk memantau projek-projek KKLW di luar bandar, kementerian itu membina sesebuah projek di lokasi yang bukan sepatutnya atau lokasi yang tersorok, bukan digazetkan. Sehinggakan sepintas lalu, projek itu semacam milik individu dan bukannya untuk milik rakyat secara umum.

Inilah masalahnya, jika ada pemimpin yang mempunyai kuasa tetapi mempunyai agenda sendiri sehinggakan telah menyusahkan semua pihak khususnya rakyat sebagai pengguna. Ironinya, Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah yang akhirnya juga turut terkena tempias itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook