Latest News

Saturday 21 January 2017

Antara Migrasi Dan Pelaburan Asing


PELABURAN asing ke negara ini dialu-alukan, bukannya pelaburan disertai dengan migrasi. Memang negara mempunyai polisi seperti 'rumah kedua' bagi rakyat asing. Tujuan polisi itu untuk membantu pemaju perumahan. Dengan melalui polisi itu, banyaklah taman-taman perumahan bersifat mewah yang dibina dan dimiliki warga asing. Kawasan Kuala Lumpur, di mana-mana terdapatnya perumahan mewah, majoriti pemiliknya adalah warga asing melalui polisi “rumah kedua”.

Konsep rumah kedua tidak salah namun pelaksanaannya yang lompang sehinggakan konsep rumah kedua itu menjadi proses migrasi.

Migrasi besar-besaran pernah berlaku di Sabah. Namun, perbezaannya mereka yang bermigrasi itu hanya membawa tubuh badan mereka bersama-sama dengan budaya mereka. Sehinggakan, proses migrasi itu bukannya menyumbang kepada kebaikan bahkan malapetaka seperti gejala sosial, jenayah dan penyakit.

Sabah berdepan dengan migrasi itu sehingga menyebahkan kerajaan negeri terpaksa menubuhkan RCI (PATI). Keputusan dan cadangan RCI itu, maka Kerajaan Negeri Sabah bertindak dengan memburu, menangkap dan menghantar pulang para transmigrasi yang dikenali sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Februari 2017 telah diumumkan oleh Pengerusi Keselamatan Negeri merangkap Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman adalah bulan bermulanya penghantaran pulang secara besar-besaran PATI yang berada di Sabah.

Berbeza pula dengan cerita “migrasi” di Johor melalui Forest City. Tiga pulau buatan (penambakan laut) akan dibina 700,000 unit rumah kediaman yang bersifat mencangkar langit dan pembeli unit-unit rumah itu adalah warganegara China atas sebab pemaju Forest City adalah syarikat daripada negara China dan memang tujuan syarikat itu memajukan pulau buatan itu semata-mata untuk rakyat China yang kaya dan mahu mempunyai rumah kedua di luar negara.

Sejak 10 tahun lalu, apabila negara China bangun daripada tidur dan kini menjadi kuasa ekonomi dunia, ramailah rakyatnya membeli hartanah di luar negara yang bukan sahaja di Malaysia malah di merata dunia.

Kebimbangan Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan “migrasi” secara besar-besaran warga China yang berduit itu, perlu dirungkai oleh kerajaan kerana boleh sahaja proses itu boleh mengubah lanskap demografi negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya.

Perlu kita mengambil perkiraan bahawa manusia bukanlah mudah dikawal. Manusia mempunyai berbagai perilaku. Sebab itu, proses rumah kedua yang ditempatkan di Forest City berkemungkinan suatu masa nanti boleh menjadi isu yang amat besar dalam negara ini.

Tidak sedikit negara yang dahulu mempunyai sifat terbuka berkaitan dengan transmigrasi. Namun, kini telah melakukan tindakan drastik termasuk membina tembok di sempadan negara-negara berkenaan. Bayangkan!

Pengalaman negara-negara yang sebelumnya bersifat terbuka berkaitan transmigrasi perlu dipelajari Malaysia sebelum polisi itu menjadi duri dalam proses bernegara kelak. Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook