Latest News

Tuesday 24 January 2017

APA? KES RASUAH SKANDAL AIR SABAH RM3.3 b TIADA RASUAH? KESALAHAN PENGUBAHAN HARAM???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah kesialan umno-bn! Kerajaan sialan kamu... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

BERHUJAH berkenaan menghadapkan seseorang atau kumpulan orang ke mahkamah bukan perkara mudah kerana sebelum seseorang atau kumpulan (orang) dihadapkan ke mahkamah, 'dokumen pertuduhan' perlulah cukup, teratur dan tiada kelompangan.

Bagi kes jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dibongkar SPRM pada 4 Oktober 2016, kelihatannya cukup mudah kerana bukti-bukti fizikal telah ada namun secara dokumentasi belum sempurna. Ini kerana pihak SPRM perlu memastikan dokumen yang relevan daripada 8000 dokumen seberat 12 tan dan juga memastikan hanya dokumen yang boleh diterima di mahkamah sahaja yang disertakan sebagai dokumen pertuduhan.

Tiada sesiapapun yang mengatakan bahawa kes jenayah rasuah skandal air JANS bukan rasuah. Jika ada surat perhubungan yang menyatakan bahawa SPRM tiada kuasa mendakwa memangpun betul kerana SPRM hanya mempunyai kuasa menyiasat sahaja bukannya daripada segi pendakwaan. Pihak yang menentukan pendakwaan adalah Peguam Negara.

Kepada pembaca dan rakyat, apa yang perlu difahami dalam kes jenayah rasuah ini adalah pihak SPRM hanya mempunyai kuasa menyiasat manakala pendakwaan adalah Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Sesiapa sahaja rakyat negara ini, apabila berhubungan dengan SPRM untuk meminta kepastian apakah sesuatu kes ada unsur rasuah seperti mana kes jenayah rasuah JANS, sudah pasti suruhanjaya itu akan membalas bahawa tiada unsur rasuah kerana SPRM mempunyai pendiriannya apabila seseorang itu belum dikategorikan sebagai terlibat kes rasuah selagi belum dihadapkan ke mahkamah. Lagipun, dalam segi undang-undang, seseorang itu belum dikatakan bersalah selagi belum diputuskan oleh mahkamah undang-undang. Jelas?

Bagi kes jenayah rasuah skandal air JANS, nampak semacam kes itu terlalu dekat namun jauh kerana pihak SPRM sedang bertungkus lumus mempersiapkan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Jangan membuat kesimpulan terlalu awal apatah lagi mendakwa tiada kes rasuah berlaku kerana yang boleh mengesahkan atau memastikan tiada rasuah adalah mahkamah atau pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), tidak mendapat dokumen yang diguna pakai sebagai untuk pertuduhan di mahkamah.

Dalam kes skandal air JANS, pihak-pihak penyiasat atau Peguam Negara tidak akan terburu-buru kerana perlu memastikan apabila orang yang kena tuduh (OKT) dihadapkan ke mahkamah bakal didapati bersalah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook