Latest News

Wednesday 18 January 2017

APA YANG DIPERSOALKAN KENYATAAN DATUK SIRINGAN, DORIS? Mesti Baca!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kau mau banyakkan Bangla di Sabah kah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) The following policy is only "proposal" and therefore... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Sabah Has Rights To Decide On Extension Of Federal Laws, Says Sabah State Minister … Oleh Web Ask Legal (screenshot)

TERBUKTI benar bahawa pelarian itu (siapa lagi si Doris Jones) tidak tahu apa yang diperkatakannya dan tidak tahu apa yang dihujahnya. Mungkin jarinya menulis tidak synchronize dengan otaknya. Sebabnya, antara kenyataan Datuk Siringan Gubat dengan apa yang dihujah adalah sama seperti komunikasi antara ayam dengan itik. Kenyataan pelarian itu bertolak belakang dengan apa yang dinyatakan Siringan.

Sebenarnya, kenyataan Siringan itu dilaporkan melalui akhbar Harian Ekpress bertarikh 17 Januari 2017, di muka surat dua yang di mana beliau mengatakan bahawa sebarang perubahan undang-undang di peringkat persekutuan tidak semestinya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Atas sebab itu, menteri itu menggesa rakyat Sabah jangan sangatlah terpengaruh dengan kenyataan pembangkang kerana kepimpinan Sabah yang diterajui YAB Datuk Seri Musa Haji Aman sangat mengetahui keperluan rakyat Sabah.

Siringan memberi contoh berkaitan dengan pengambilan buruh dari Bangladesh di mana peraturan itu hanya untuk Semenanjung dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Demikian juga sumbangan kepada badan-badan agama, jika di Semenanjung dikenakan cukai tetapi tidak di Sabah dan Sarawak.

Siringan menambah, jika adanya perubahan undang-undang di peringkat persekutuan dan didapati di mana rakyat Sabah dan Sarawak mendapat manfaatnya, maka kebiasaannya kerajaan negeri akan akur. Sebagai contoh, pelaksanaan gaji minimum dan demikian juga sistem percukaian baru GST bagi menggantikan SST. Kerajaan negeri akur kerana sistem itu mampu menjana kewangan untuk kerajaan dan rakyat.

Banyak contoh undang-undang atau peraturan yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak diguna pakai di Sabah. Sebagai misalannya, penggunaan kalimah “Allah”, di mana kalimah itu dilarang bagi bukan Islam di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak.

Doris Jones dan konco-konconya cuba berhujah sesuatu yang mereka tidak tahu dan sebab itulah hujahan mereka semuanya ke laut. Cara mereka memang tercermin bahawa apabila berhujah seolah-olah seperti tidak menggunakan otak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook