Latest News

Thursday 19 January 2017

Badi Pilihan Raya Awal Sabah


AFS terbaca usik-usikan Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin mantan Pengarah Arkib Negeri Sabah berkaitan sejarah pilihan raya awal Sabah.

Menurut catatan mantan pegawai itu, melalui laman muka buku (facebook) pada Khamis, PRN Sabah kali ke-3 sepatutnya diadakan pada tahun 1977, namun kerajaan pada masa itu yakni Kerajaan Parti USNO mengawalkan PRN pada tahun 1976 dan diketahui keputusannya Parti USNO tumbang di tangan Parti Berjaya pimpinan Tun Fuad Stephens.

Demikian juga PRN ke-5 yang sepatutnya diadakan pada tahun 1986 tetapi diawalkan dan diadakan pada tahun 1985. Keputusannya, Parti Berjaya pimpinan Datuk Seri (kini Tan Sri) Harris Salleh kalah kepada Parti PBS pimpinan Tan Sri Pairin Kitingan walaupun parti baru itu ditubuhkan kurang daripada 40 hari.

PRN ke-8 pula yang sepatutnya diadakan pada tahun 1995, namun diawalkan pada tahun 1994 walaupun kerajaan yang memerintah menang dengan kelebihan 2 kerusi yang mana PBS memperolehi 25 kerusi manakala BN 23 tetapi PBS tumbang dua bulan selepas membentuk kerajaan apabila dua ADUN PBS melompat ke Parti Barisan Nasional (BN). Akhirnya, BN Sabah membentuk kerajaan negeri dan melantik Tun Sakaran Dandai dalam kerajaan dengan menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun bagi Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan kaum Cina.

Kini, berkumandang desas-desus bahawa Sabah akan mengadakan pilihan raya berasingan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PRN itu diawalkan. Indikasi itu diperkuatkan lagi apabila pada Rabu lalu, selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah yang dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman bahawa Parti UMNO telah siap sedia berdepan dengan PRU-14.

Tempoh DUN Sabah akan berakhir pada Jun 2018 dan ini bererti lebih setahun lagi mandat yang telah diberikan rakyat kepada Parti Barisan Nasional (BN) Sabah untuk memerintah negeri.

Tujuan pilihan raya sebenarnya adalah untuk meminta mandat daripada rakyat selain bertujuan untuk mengenal pasti apakah parti yang memerintah masih mendapat sokongan rakyat.

Sokongan rakyat terhadap sesebuah parti yang memerintah menggambarkan kekuatan parti itu dan melaluinya para pemimpin sesebuah parti dapat memerintah sesuai dengan mandat yang diberikan. 

Sama-sama kita merasakan bahang PRU-14 kelak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook