Latest News

Saturday 14 January 2017

Biadapnya Parti DAP Sarawak


KEBIADAPAN parti DAP Sarawak apabila mempertikaikan kehadiran begitu ramai rakyat untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. 

Melalui artikel pada laman web Suara Pakatan Harapan yang membawa tajuk Pemimpin DAP Sarawak - Berapa Kos Pengebumian Adenan? yang bertarikh 13 Januari 2017 merupakan satu tindakan yang sangat biadap.

Melalui artikel itu mempersoalkan kesedihan begitu ramai rakyat Sarawak kerana kononnya Adenan yang hanya menjadi Ketua Menteri Sarawak lebih 2 tahun tidak mungkin mendapat sokongan begitu ramai rakyat. Artikel itu cuba mengenepikan bahawa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan pemimpin veteran Sarawak seangkatan dengan TYT Yang di-Pertua Negeri Tun Taib Mahmud.

Sokongan rakyat terhadap Adenan terbina bukan pada masa beliau menjadi Ketua Menteri akan tetapi sejak sekian lama kerana Allahyarham telah berkhidmat dengan rakyat Sarawak melalui berbagai kapasiti puluhan tahun termasuk menjadi Menteri Persekutuan. 

Artikel itu cuba mengaitkan upacara pengebumian Adenan melibatkan wang ringgit dan seolah-olah kehadiran mereka yang memberi penghormatan terakhir dibayar untuk datang. 

Parti DAP berusaha semaksima mungkin menghina Allahyarham hanya kerana dendam pada PRN Sarawak tahun lalu yang memperlihatkan bagaimana kekalahan teruk parti itu. Faktor Adenan telah berjaya meneutralisasikan politik kebencian dan ekstremis parti DAP yang mempergunakan pendekatan agama dan kaum di negeri itu.

Politik benci dan berpuak-puak yang diamalkan parti DAP perlu diambil iktibar rakyat Sarawak kerana cara parti itu diperlihatkan kepada cara mereka memberi komen terhadap kematian Ketua Menteri Sarawak Ke-5 itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook