Latest News

Tuesday 24 January 2017

CUBAAN MENGELIRUKAN Dokumen Daftar PATI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mana RCI... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

DOKUMEN yang diviralkan itu hanya sebagai dokumen seseorang itu adalah PATI dengan menyatakan negara asal untuk tujuan pemantauan dan proses menghantar pulang ke negara asal.

PATI di Sabah berpunca daripada berbagai negara dan yang teramai adalah daripada Filipina dan Indonesia.

Apabila sesuatu operasi dijalankan dan apabila berlaku penangkapan di mana mereka yang tertangkap itu tiada dokumen, maka keadaan inilah yang memerlukan saringan ketat melalui berbagai proses untuk mengenal pasti negara asal PATI tersebut. Apabila dikenal pasti, maka diberikan 'Dokumen Daftar PATI' seperti mana diviralkan itu. Tujuan, bagi maksud pemantauan sebelum mereka itu dihantar pulang ke negara asal.

Dokumen yang diberikan itu, tiada maksud lain dan bukan dokumen yang  boleh diguna pakai untuk urusan lain termasuk untuk bekerja atau membuka akaun bank atau berniaga kerana biasanya mereka yang diberikan dokumen seumpama ini sudah ditempatkan di pusat-pusat tahanan sementara atau penampungan.

Maksud dan tujuan dokumen hanya memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti PATI berkenaan di hantar ke negara asal mereka dengan tepat dan lebih lancar. Jika tiada dokumen pendaftaran itu, besar kemungkinannya boleh berlaku kesilapan salah hantar.

Bagi mereka yang tidak tahu maksud dokumen seumpama itu boleh sahaja mendakwa berbagai dakwaan seperti mana dakwaan pengguna facebook palsu tersebut. Sememangnya, suatu cubaan yang mengelirukan kepada netizen Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook