Latest News

Monday 30 January 2017

Di Sebalik Kemasukan Felda Ke Sabah


SEBENARNYA, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah meluaskan operasinya ke Sabah seawal tahun1965. Akibat peluasan itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) pada tahun 1969 untuk mengambil alih peranaan FELDA di Sabah.

Felda ditubuhkan pada tahun 1956 yang mula beroperasi pada tahun 1958 bertujuan untuk menempatkan semula penduduk luar bandar yang miskin bagi tujuaan peningkatan ekonomi penduduk berkenaan.

Felda pada awalnya di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM) kemudian dipindahkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemudiannya sekali lagi dipindahkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri bermula tahun 2004.

Sejak tahun 1969, apabila SLDB (LKTNS) mengambil alih peranaan FELDA ternyata tidak berjaya kerana agensi kerajaan negeri itu tidak mempunyai cukup wang untuk tujuan pelaksanaan sehinggakan tanah-tanah yang seharusnya dimajukan yang meliputi 124,389 hektar (307,233 ekar) tidak dapat diteruskan.

Ekoran kekurangan wang atau dana yang didepani SLDB, maka Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1979 menjemput semula FELDA memajukan tanah-tanah berkenaan. Maka, bermulalah penempatan FELDA di Sabah yang terletak di Lahad Datu (Felda Sahabat 1707 peserta), Tawau (Felda Umas-Umas 294 peserta) dan Felda Kalabakan (268 peserta).

Berasaskan data di lapangan, setiap peserta Felda diberikan 15 ekar tanah untuk ditanam dengan kelapa sawit bagi tujuan pendapatan isi rumah. Ini bermakna melalui 2,269 peserta hanya membabitkan 34,035 ekar atau 11 peratus daripada seluruh keluasan untuk tujuan pendapatan peserta sepenuhnya. Manakala 273,198 ekar lagi ditanam kelapa sawit secara komersial di mana para peserta hanya dibayar dividen.

Tanah-tanah yang diusahakan secara komersial, sebenarnya bertujuan sebagai sumber pendapatan bagi agensi itu membina infrastruktur di kawasan-kawasan berkenaan seperti sekolah, pusat-pusat kesihatan dan jalan-jalan raya bagi kemudahan manfaat penduduk sekitar secara amnya dan peserta Felda khasnya.

Oleh kerana kawasan-kawasan itu diusahakan secara komersial, maka ianya menjadi sumber pendapatan kerajaan negeri daripada segi cukai.

Kalau mengimbau kembali keadaan kawasan-kawasan Felda yang sekarang sebelum tahun 1979, ianya satu kawasan hutan belantara yang tidak mempunyai jalan perhubungan malahan kawasan itu juga tersangat daif. Felda telah menyalurkan dana yang besar sebagai pelaburan bagi memajukan kawasan itu daripada kawasan “zero” kepada kawasan yang maju. Lumrah bagi setiap pelaburan, maka untuk jangka masa tertentu pulangan pelaburan itu akan dikutip semula.

Adalah tidak adil jika sesebuah pelaburan itu sudah mendatangkan hasil, maka si pemilik asal tanah akan mengambil alih. Jika keadaan ini berlaku, maka adalah sama seperti tindakan Robert Mugabe, memiliknegarakan semua syarikat asing di negara itu selepas beliau mengambil alih kerajaan dan akibatnya negara Zimbabwe tidak maju, malah menjadi negara pariah.

Apa yang Shafie lupa bahawa setiap produk kelapa sawit perlu dijual sama ada dijual kepada penduduk Sabah atau pihak lain termasuk eksport. Modal untuk mengeluarkan minyak kelapa sawit bukan sedikit dan atas sebab itu, apabila harga komoditi menurun maka menjadi kebimbangan kepada kerajaan kerana ianya berkait rapat dengan pendapatan Felda dan penerokanya.

Mungkin Shafie tidak mengikuti perkembangan peladangan kelapa sawit di Sabah, di mana sebelum tahun 1990-an harga setan hanya RM150 sehinggakan aktiviti peladangan berada dalam keadaan rugi. Namun, Felda tetap meneruskan menguasahakan kawasan yang diamanahkan demi peneroka.

Selepas mengusahakan seluas 273 ribu ekar di kawasan yang diberikan maka bermula tahun 2000, harga minyak kelapa sawit meingkat sehingga lebih RM3 ribu setan dan kini berlegar-legar pada angka itu kerana permintaan terhadap produk itu telah meningkat khususnya daripada negara China.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook