Latest News

Tuesday 24 January 2017

Di Sebalik Pilihan Raya Awal Sabah


FAKTOR yang memungkinkan pilihan raya awal Sabah adalah perebutan kawasan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diluluskan pada tahun lalu.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya DUN Sabah mendapat tambahan 13 kawasan. Pertambahan kawasan itu semacam menjadi duri dalam daging antara komponen parti dek kerana wujudnya perebutan kawasan.

Memang mengikut sejarah pilihan raya, setiap berlaku persempadanan semula maka kawasan-kawasan itu berpihak kepada kerajaan atau parti yang memerintah. Namun, bagi Sabah pertambahan kali ini mengundang keghairahan antara komponen parti sehingga berlaku perebutan untuk bertanding di kawasan-kawasan baru tersebut. Faktor inilah yang menjauhkan peluang yang kebiasaannya berpihak kepada parti yang memerintah. Faktor perebutan boleh mengundang berbagai perasaan termasuk sabotaj.

Adalah dilihat keghairahan bertanding itu hanya sekadar bertanding dan tidak mengambil pertimbangan kemenangan seolah-olah pendekatan parti-parti itu biar menang sorak walaupun kampung tergadai.

Pada PRU-13 lalu, sama-sama kita dapati parti komponen yang mengalami banyak kekalahan adalah Parti PBS manakala komponen parti yang memang 100% hanya Parti Gerakan. Sementara komponen lain termasuk parti tunjang Parti UMNO kalah satu kawasan,iaitu di DUN Klias. Walaupun rekod PRU-13 lalu menerangkan fakta sebenar namun Parti PBS telah menyuarakan sekurang-kurangnya 6 kerusi tambahan daripada 13 demikian juga parti UPKO malah parti LDP turut bersuara menginginkan kerusi tambahan. Tidak ketinggalan juga Parti UMNO yang berhasrat bertanding 6 atau 7 daripada 13 kawasan itu. Melihat kepada pertembungan keinginan itu, maka faktor kemenangan melalui 13 kerusi tambahan itu mungkin tercacat kerana faktor ketidakpuashatian atau tindakan drastik dan wujud sabotaj semasa pilihan raya.

Melihat kepada fenomena politik semasa, maka bagi menjamin kecelaruan dan pertembungan pendapat adalah moleknya mempertahankan jumlah 60 kerusi asal kerana agihan jumlah kerusi itu sudah berjalan sejak tahun 2004 lagi. Sejarah PRU Sabah bagi jumlah kerusi 60 DUN, tahun 2004 59 dimenangi Parti Barisan Nasional demikian juga pada PRU 2008. Manakala pada PRU-13 hanya menang 48 kerusi. Jumlah 48 kerusi adalah lebih 8 kerusi kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri kerana mininum kuasa 2/3 DUN Sabah adalah 40 kerusi.

Jika kepimpinan Parti Barisan Nasionl Sabah mengenepikan untuk sementara pertembungan pendapat berkaitan perebutan 13 kerusi tambahan DUN, maka jika pilihan raya Sabah diawalkan besar kemungkinannya adalah berasaskan kepada faktor ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook