Latest News

Tuesday 10 January 2017

Doris Jones Mengakui, "Dia Tidak Berpengetahuan"

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sistem Komunikasi dan Multi Media MALAYASIA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

ALAT pemantauan lalu lintas adalah sebahagian daripada komponen dalam  sistem komunikasi dan multimedia. Ianya hanya menggunakan alat seperti closed-circuit television (CCTV) yang terhad penggunaannya kepada si pemakai atau pengguna. Terserah kepada pengguna, apakah mempergunakan alat yang digunakan itu untuk mengumpul bukti atau menggunakan alat manual yang digerakkan oleh manusia.

Pihak penguasa trafik Malaysia (LLM), selain menggunakan CCTV atau advanced encryption standard (AES), juga menggunakan cara manual pada satu-satu lokasi bagi mengenal pasti punca berlaku kemalangan jalan raya di satu-satu lokasi atau juga mengenal pasti pesalah trafik semasa adanya operasi sekatan jalan raya.

Gambar polis trafik yang ditunjukkan Doris menunjukkan bahawa ada operasi sekatan jalan raya 2-3 kilometer daripada lokasi berkenaan kerana CCTV atau AES yang digunakan secara menyeluruh, tidak dapat menumpukan sesuatu laporan pada setiap operasi bagi memenuhi keperluan tindakan sekatan jalan pada satu-satu masa yang berjumlah ribuan sekatan jalan raya di seluruh negara khususnya sekatan jalan raya yang tidak dijadualkan.

Pihak trafik akan menggunakan secara manual bagi satu sekatan jalan raya yang tidak dijadualkan bagi mengesan pesalah trafik di satu-satu kawasan. Selain itu, cara manual juga lebih diterima di peringkat mahkamah kerana gambarnya yang cukup jelas berbanding gambar yang dihasilkan melalui CCTV atau AES yang bergantung kepada cuaca dan kekuatan liputan. Kekuatan liputan sangat bergantung kepada topografi sesuatu kawasan. 

Doris Jones, janganlah berlagak dan mengagungkan sistem CCTV UK atau USA itu canggih. Sedangkan, serangan bom di lapangan terbang atau kereta api di bandarpun tidak dapat dikesan di negara-negara itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook