Latest News

Wednesday 18 January 2017

Dunia Tanpa Sempadan Dan Globalisasi


MENARIK sekali apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mencadangkan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Pengerusi Parti PPBM itu perlu menyesuaikan dirinya dengan keadaan dunia, yakni dunia tanpa sempadan dan globalisasi.

Salleh mengakui, bahawa Tun Dr. Mahathir mempunyai banyak idea atau pendapat. Namun, pendapat mantan Perdana Menteri tidak sesuai lagi pada masa kini.

Berbagai hujah Tun Dr. Mahathir seperti bernostalgia teringatkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981 sehingga 2003.

Ketajaman Salleh membaca apa yang dimaksudkan mantan Perdana Menteri itu melalui artikel yang dihantar ke akhbar Star dan diterbitkan sepenuhnya semalam berkaitan dengan hujah Tun Dr. Mahathir berkenaan pelaburan langsung asing (FDI), di mana senator itu dapat menangkap maksud Tun Mahathir bahawa FDI  menurut mantan Perdana Menteri itu, kononnya hanya sekadar melabur tanpa memberi pulangan kepada pelabur dan sebab itulah mantan Perdana Menteri itu mempertikai pelaburan syarikat negara China di Johor.

Tun Dr. Mahathir cuba mengelirukan rakyat bahawa pelaburan asing tidak termasuk membeli harta sebaliknya hanya membawa masuk wang semata-mata membantu syarikat atau rakyat negara ini. Atas sebab itu, jika ada pelabur membeli harta dalam negara perkara itu bukan pelaburan lagi tetapi negara menyerahkan harta kepada rakyat asing.

Dalam usaha Tun Dr. Mahathir mengelirukan rakyat kononnya apabila syarikat asing membeli harta dalam negara lalu hartanah itu dibangunkan dan kemudiannya dijual kepada rakyat asing ia sebenarnya bukanlah berbentuk FDI. Ini kerana syarikat asing itu bukan membawa wang ke dalam negara sebaliknya menggunakan bank tempatan sebagai pemberi modal. Benarkah demikian? Hujah Tun Dr. Mahathir itu hanya merupakan persepsi kerana tidak munasabah apabila tidak ada seorang pemimpin negara ini tidak tahu atau mengerti langsung apa itu Foreign Direct Investment (FDI). Tambahan pula, satu persoalan akan timbul apabila takkan bank tempatan begitu mudah sekali memberikan modal kepada syarikat asing atau pembeli rakyat asing?! Fikir-fikirkan!

FDI tetap sahaja FDI. Jika tidak, bagaimana ekonomi negara berkembang jika pusingan wang hanya bersumber domestik sahaja?

Respon awal daripada pemimpin kerajaan khususnya yang dilakukan Salleh merupakan tindakan proaktif dan jitu sebelum ramai rakyat yang terkeliru dengan permainan Tun Dr. Mahathir.

Satu lagi hasrat tersembunyi Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan pelaburan syarikat China di Johor yang menjemput sekitar 700,000 pembeli hartanah daripada tanah besar China adalah cuba menakut-nakutkan rakyat negara ini terutama kaum Melayu bahawa suatu masa Johor akan menjadi seperti Singapura apabila mantan Perdana Menteri itu membangkitkan peristiwa tahun 1819 dengan menyatakan Sultan Ali tidak menyewakan Singapura (Temasik) kepada British sebaliknya Temenggung yang menandatangani penyewaan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook