Latest News

Friday 6 January 2017

DURJANANYA Pihak-Pihak Tertentu Menjadikan 'Minyak Bersubsidi' Diniaga Pintu Belakang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KERAJAAN TAK BAYAR SUBSIDI KEPADA PENGILANG, SEBAGAIMANA JANJI MEREKA KETIKA MELUPUSKAN SUBSIDI... Oleh FB Tj Ajama (screenshot)

KEKANGAN utama bekalan di kedai-kedai runcit berkaitan dengan minyak bersubsidi 1 kilogram (kg) dalam pek plastik (polybag) adalah ada sebahagian peruncit enggan menjual minyak tersebut selain lambatnya pemunggahan daripada pelabuhan. Selain itu, ada pihak-pihak tertentu memborong minyak tersebut untuk dijual di restoran-restoran kerana lebih menjamin keuntungan.

Minyak bersubsidi dalam pek plastik yang harga kawalan RM2.50/kg, tidak menguntungkan perucit kerana akibatnya daripada harga kawalan itu sendiri.

Sebenarnya, dari segi bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempunyai bekalan yang mencukupi. Akan tetapi, kecepatan pengedaran ke kedai-kedai runcit agak lambat.

Minyak bersubsidi sebenarnya hanya untuk kegunaan rumah dan bukannya untuk perniagaan. Namun, ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan minyak bersubsidi itu sehinggakan bekalan yang sepatutnya mencukupi tetapi cepat habis bekalannya di kedai-kedai runcit ekoran penyalahgunaan tersebut.

Kalau dihadkan 5 pek untuk satu keluarga diguna pakai untuk sebulan, maka tidak berbangkit bekalan minyak itu kurang di pasaran. Tetapi. apa yang berlaku ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan bekalan minyak bersubsidi itu.

Pihak KPDNKK sedang memantau setiap masa bekalan minyak bersubsidi termasuk meminta perkapalan atau lembaga pelabuhan mempercepatkan pemunggahan minyak berkenaan.

Sebenarnya, kekurangan minyak bersubsidi di pasaran bukannya berkaitan dengan lambatnya pembayaran subsidi RM0.25 sepek kepada pengedar apabila melihat kepada jumlah edaran minyak tersebut yang cukup tinggi. Kemungkinan besar ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan berkenaan dengan minyak bersubsidi itu untuk tujuan tertentu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook