Latest News

Saturday 28 January 2017

FAKTOR Yang Mempengaruhi Pilihan Raya Awal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Boliau RCI mcm mana suda... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

KADANGKALA, ramai yang menganggap pilihan raya awal diadakan kerana parti yang memerintah mempunyai keyakinan untuk menang besar.

Sebenarnya, sesebuah pilihan raya diadakan bukannya berasaskan pertimbangan menang besar atau tidak. Tetapi, pertimbangannya adalah kerajaan yang memerintah meminta mandat baru kerana berbagai isu yang melanda sehinggakan memperlambatkan rentak perancangan pembangunan atau poilsi yang sedang dilaksanakan oleh parti yang sedang memerintah.

Kemenangan sesebuah parti yang sedang memerintah juga bukannya diasaskan kepada awal atau lambatnya pilihan raya kerana penentuan kemenangan besar sesebuah parti dalam pilihan raya ditentukan oleh rakyat.

Tiada korelasi kemenangan besar sesebuah parti yang sedang memerintah menerusi pilihanraya awal demikian juga, tiada korelasi kemenangan dengan majoriti mudah melalui pilihan raya sehingga tamat tempoh.

Parti yang pernah memerintah Sabah mempunyai pengalaman pahit berkaitan dengan pilihan raya awal. Parti USNO kehilangan kerajaan kerana pilihan raya awal tahun 1976 demikian juga parti Berjaya kehilangan kerajaan kerana pilihan raya awal tahun 1985. Manakala parti PBS pula tumbang selepas pilihan raya awal tahun 1994.

Desas desus bahawa Sabah akan kembali kepada pilihan raya secata solo seperti sebelum tahun 2004. Kalaupun Sabah mengadakan pilihan raya awal, pertimbangannya bukan terlalu yakin akan menang besar kerana kononnya mengambil peluang porak perandanya si pembangkang. 

Sesebuah parti yang sedang memerintah dan parti yang beberapa kali diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah, sebenarnya kemenangan bukan kerana faktor pembangkang yang porak peranda atau lemah tetapi kekuatan parti itu sendiri dari semua segi di mana hubungan antara parti dan pemimpin kuat dan bergerak sebagai satu pasukan.

Kekalahan sesebuah parti yang menerintah bukan kerana parti pembangkang kuat akan tetapi jika adanya berlaku krisis dalaman dalam sesebuah parti itu.

Di Sabah, krisis dalaman timbul apabila adanya tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akibat persempadanan kawasan pilihan raya. Menerusi tambahan kerusi DUN itu walaupun ianya sudah diluluskan di peringkat DUN, akan tetapi belum berkuatkuasa kerana ianya perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Walaupun tambahan kerusi DUN Sabah itu belum diluluskan oleh Dewan Rakyat, parti-parti komponen Sabah awal-awal lagi menyuarakan mahu mendapat bahagian daripada tambahan kerusi itu. Parti-parti itu meminta tambahan kerusi yang bukan berasaskan kepada peluang menang sebaliknya hanya sekadar untuk bertanding. Parti-parti itu tidak mempertimbangkan bahawa keinginan untuk bertanding menepati pepatah, "menang sorak kampung tergadai".

Kemungkinan besar, faktor yang mempengaruhi Pengerusi Parti Barisan Nasional (BN) Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman berhasrat mengadakan pilihan raya berasingan dan awal adalah kerana pertimbangan perebutan kerusi tambahan kawasan DUN Sabah. Jika pilihan raya awal diadakan, maka status quo dipertahankan dan masalah pertembungan pendapat antara komponen dapat dielakkan. Malah, tindakan sabotaj tidak berlaku kerana pengagihan kerusi antara parti komponen sudah terbahagi dengan elok sekali bermula tahun 2004 untuk 60 kawasan DUN.

Jika Sabah mengadakan pilihan raya awal yang bukannya berasaskan keyakinan tinggi untuk menang besar, sebaliknya sebagai pendekatan menang-menang antara parti komponen. Hal ini kerana kekalahan sesebuah parti bukannya kerana faktor luaran tetapi lebih kepada faktor dalaman.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook