Latest News

Monday 9 January 2017

Forest Management Unit (FMU) No.5 (Isu – Penggantian pemilik saham)


SETIAP syarikat yang didaftarkan melalui Akta Syarikat 1965, pemegang saham boleh berganti-ganti yang bermaksud tiada masalah jika berlaku pertukaran pemegang saham. Demikian juga syarikat-syarikat yang dilesenkan melalui FMU Hutan Negeri Sabah. Jika berlaku pertukaran pemilikan saham sesebuah syarikat yang dilesenkan bagi  mengurus (FMU - Unit Sistem Pengurusan Hutan) dan jika syarat-syarat semasa syarikat itu dilesenkan tidak dilanggar, maka pertukaran melalui penjualan saham oleh pemegang saham syarikat adalah sah.

Tujuan FMU adalah meningkatkan kawasan hutan kekal/simpan (Totally Protected Area=TPA) dan selagi syarikat itu memenuhi obligasinya, maka ianya hanya proses biasa sesebuah syarikat berdaftar.

Sabah telah merangka sasaran seluas 2.2 juta hektar pada tahun 2025 sebagai kawasan hutan kekal (hutan dalam kategori TPA). Keluasan itu menjadikan 30 peratus tanah Sabah diliputi hutan kekal.

Kerajaan Negeri Sabah, di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Musa Haji Aman memang kerajaan yang bersifat alam semula jadi. Tujuannya, agar alam semula jadi Sabah dapat dinikmati generasi akan datang.

Adalah bohong untuk mengatakan bahawa sesebuah negeri tidak perlu menebang hutan. Hutan merupakan tumbuhan yang mengikut peraturan alam. Bermula daripada biji, tumbuh membesar dan kemudiannya mati secara alami. Pengurusan hutan yang jitu adalah menebang kayu yang mencapai usia matang kemudiannya menanam semula pokok-pokok yang sama. Proses inilah yang dijalankan melalui FMU.

Mengurus hutan secara mapan memerlukan kos yang tinggi. Ini bermakna, keseimbangan mendapatkan pulangan atau pendapatan daripada sumber hutan perlu dipulangkan untuk pemuliharaan hutan. Jika proses ini tidak dijalankan, hutan boleh sahaja pupus kerana kayu-kayu yang tua akan mati dengan sendirinya tanpa faedah. Atas sebab itu, sistem FMU diwujudkan.

Melalui sistem itu, maka kawasan hutan kekal Sabah terus bertambah daripada 838,132  hektar pada tahun 2002 kini telah meningkat ke paras 1.85 juta hektar.

Sememangnya, kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah akan terus mengorak langkah untuk mencapai sasaran 2.2 juta hektar hutan kekal pada tahun 2025. Pada tahun 2025 juga (Halatuju) Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Sabah akan berakhir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook