Latest News

Tuesday 24 January 2017

Hak Sabah Dan Sarawak Dalam Persekutuan Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan Persekutuan sentiasa pertahan hak Sabah, Sarawak sejak pembentukan persekutuan: Salleh... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

BAGI mereka yang tidak terlibat dengan kerajaan, maka sungguh mudah membuat dakwaan bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak kononnya telah dirampas Persekutuan. Namun, hujah mereka itu hanya sekadar hujah kerana tidakpun dapat menyenaraikan butiran mana satukah yang dirampas.

Mereka itu mengambil contoh hasil minyak dan gas. Menurut mereka hasil minyak dan gas Sabah dan Sarawak dirampas Persekutuan dengan hanya memberi bayaran 5% daripada nilai pengeluaran.

ROYALTI MINYAK
Cari gali minyak dan gas dijalankan oleh sebuah syarikat milik negara, yakni Petronas. Petronas dalam proses perniagaannya bekerjasama dengan pemodal melalui perjanjian bahagi hasil. Daripada semua operasi, keuntungan Petronas adalah 15%, dan melalui keuntungan inilah yang dibahagi tiga iaitu 1/3 untuk Petronas sebagai modal pusingan, 1/3 dibayar kepada Persekutuan dan 1/3 diberikan kepada negeri di mana minyak dan gas itu dikeluarkan.

Petronas tidak boleh menyerahkan bahagiannya kepada negeri pengeluar kerana dilakukan, bagaimana meneruskan perniagaannya. Demikian juga Persekutuan, tidak boleh menyerahkan bahagiannya kepada negeri pengeluar kerana Persekutuan bertanggungjawab terhadap keselamatan negeri dan juga termasuklah di mana operasi cari gali minyak dijalankan.

SEKTOR TANAH & HAK-HAK WARGANEGARA (Imigresen)
Selain cari gali minyak dan gas, tiada lagi hak-hak Sabah dan Sarawak diambil Persekutuan. Tanah Sabah dan Sarawak berkuasa penuh, imigresen juga demikian. Keselamatan, kesihatan dan pelajaran perlu dipikul Persekutuan atau negara kerana sektor itu memerlukan kos atau dana yang sungguh besar.

Jangan pikul sesuatu yang anda tidak dapat pikul! Kemampuan kereta kancil, jangan disamakan dengan kemampuan Toyota Land Cruiser (Super King).

Bayangkan kos kesihatan, pendidikan dan keselamatan saban tahun berjumlah lebih RM25 bilion, masing-masing bagi Sabah dan Sarawak. Sedangkan, pendapatan Sabah hanya RM4 bilion setahun manakala Sarawak RM5 bilion. Melalui pendapatan sedemikian, bolehkah negeri Sabah secara solo menampung RM25 bilion itu? Tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak bahawa sejak merdeka, Persekutuan telah membela Sabah dan Sarawak adalah benar kerana taraf pendidikan, kesihatan dan keselamatan semuanya ditanggung Persekutuan. Kalau tiadanya tanggungjawab itu, sudah tentu sektor-sektor itu dalam keadaan daif dan mungkin juga Sabah sudah dimiliki negara lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook