Latest News

Wednesday 11 January 2017

Hala Tuju Parti Warisan Sabah


PARTI Warisan Sabah yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal masih mengamalkan pendekatan lama apabila menonjolkan propaganda bahawa keahlian parti itu berasaskan daripada ahli-ahli parti apakah daripada parti UMNO atau parti-parti lain termasuk parti pembangkang yang kononnya keluar daripada parti masing-masing hanya semata-mata menyertai Parti Warisan Sabah.

Tidak dinafikan, ada ahli parti UMNO yang keluar daripada parti semisalnya di kawasan Kota Belud. Jika dikira maka jumlahnya tidak sampaipun dua belah tangan dan demikian juga di kawasan Semporna, jika dikira berasaskan fakta tidak sampaipun sekodi.

Salah satu propaganda yang dibawa parti itu apabila pada Ahad lepas telah mengaku seramai 800 ahli Parti Cinta Sabah (PCS) menyertai parti itu di Keningau. Salah seorang Naib Presiden PCS memberitahu AFS, individu yang dikatakan membawa sejumlah ahli PCS menyertai Parti Warisan Sabah adalah individu yang telah lama dianggap bermasalah dalam parti itu kerana kerap bertindak bercanggah dengan matlamat parti. Jika benarlah individu itu menyertai Parti Warisan Sabah, maka setidak-tidaknya PCS telah terbersih dengan sendirinya daripada ahli yang bermasalah.

Berkaitan dengan seramai 2000 mantan ahli UMNO kawasan Keningau menyertai Parti Warisan Sabah, sebenarnya hanya merupakan propaganda. Sebabnya, parti UMNO kawasan itu tidak ada status mantan ahli UMNO kerana sebelum ini, tiada rekod bahawa terdapatnya ahli yang keluar atau dipecat daripada parti di kawasan itu.

Sesebuah parti yang berkiblat kepada ahli-ahli parti lain, sebenarnya parti itu terkategori sebagai parti yang tiada kekuatan. Hal ini kerana keahliannya hanya berasaskan dendam dan kekecewaan. Dendam dan kekecewaan tidak membawa apa-apa kerana biasanya mereka yang termasuk dalam kategori itu hanya mahu memperjuangkan kepentingan peribadi dan bukannya semangat perjuangan untuk membela rakyat.

Shafie sendiri asas kepada perjuangannya bukan untuk membela rakyat akan tetapi untuk kepentingan peribadi. Sebab itulah, apabila Shafie melawat kawasan-kawasan yang belum pernah beliau lawat sejak mempunyai kuasa sebagai menteri, ramai yang memberi komen sinis terhadap tindakan beliau itu.

Kini, telah ramai pemimpin parti pembangkang mengecam tindakan Parti Warisan Sabah yang lebih gemar memancing ahli-ahli parti-parti pembangkang seolah-olah tujuan parti itu hanya mahu memusnahkan parti-parti pembangkang yang lain.

Sebenarnya, Parti Warisan Sabah hanya merebut sokongan penyokong-penyokong pembangkang untuk membolehkan parti itu sebagai parti pembangkang utama atau parti tunjang daripada parti-parti pembangkang yang lain. Oleh kerana keterujaan itu, maka parti pimpinan Shafie itu tidak segan silu menjalankan propaganda cara lama dengan melalui mewar-warkan bahawa sejumlah “mantan-mantan” ahli parti lain menyertai parti itu.

Sesebuah parti seperti Parti Warisan Sabah yang berpaksi kepada kekuatan kemasukan para individu yang kecewa atas sebab keinginan peribadi mereka tidak tertunai, maka akhirnya parti itu akan berkiblat kepada memenuhi kehendak sendiri sahaja dan jauh sekali membela rakyat. Tiada yang boleh dibanggakan atau tiada yang boleh diharapkan para pemimpin yang kecewa dan dendam. Ini kerana nawaitu mereka itu hanya berpaksi kepada kepentingan sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook