Latest News

Tuesday 10 January 2017

Hujah Salleh Selari Dengan 'HUJAH MAJORITI RAKYAT'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Confirm Calun bukan sebab pendidikan dan pengalaman tapi kerana kuat jilat... Oleh FB TJ Ajamain (screenshot)

ERA Tun Dr. Mahathir, ekonomi negara hanya lebih sedikit di atas RM400 bilion. Era Dato' Seri Najib Razak pula lebih di atas RM1000 bilion atau di atas RM1 trilion. Data seumpama ini bukan sahaja dikongsikan oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak tetapi juga oleh majoriti rakyat yang waras akal dan fikiran. 

Bagi mereka yang kurang waras dan termasuk dalam kumpulan pembangkang seperti mana pengguna facebook tersebut, dia hanya tahu membangkang tetapi tidak tahu apa yang dibangkang! Sama juga halnya dengan bersetuju tetapi tidak tahu apa yang dipersetujui. 

Pengguna facebook seperti TJ Ajamain ini memang pembangkangpun oleh kerana tiada isu yang digunakan menyerang Menteri Komunikasi dan Multimedia. Maka, hanya dapat mendakwa bahawa senator itu tetap akan terus dipilih sebagai calon pilihan raya atau menteri atas sebab kuat “mengampu”. Oleh kerana dakwaan itu, maka adalah diyakini bahawa pengguna facebook itu tidak kenal siapa Salleh kerana pendirian mantan Speaker DUN Sabah itu tidak pernah berganjak daripada menyatakan fakta betul kepada rakyat sejak menjadi pemimpin parti atau rakyat.

Siapalah pengguna facebook itu berbanding pemilik surat khabar, penerbit, editor dan kakitangan surat khabar yang memetik kenyataan Salleh dengan tajuk, “Najib urus ekonomi dengan baik” kemudiannya, pengguna facebook itu mendakwa Salleh sebagai “penjilat”. Alahai! Apabila manusia yang ada akal lalu meletakkan akal di lutut, maka wujudlah manusia seperti pengguna facebook itu.

Kedudukan kewangan negara era Najib bukan sahaja dikongsi Salleh. Bahkan juga surat khabar antarabangsa yang berwibawa seperti The Economist, The Financial Times malahan International Monetary Fund (IMF) serta Bank Dunia. Apakah organisasi-organisasi itu termasuk penjilat kepada Najib juga? Tepuk dada tanya selera.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook