TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) PENDEDAHAN EKSKLUSIF 3 BERAPA PULUH JUTA RINGGIT MUSA AMAN DAPAT DARIPADA PEMBUKAAN KAWASAN PEMBALAKAN HARAM HUTAN SIMPAN DI TAWAU, SABAH.. Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)
TAHUKAH anda bahawa keluasan hutan kekal Sabah telah bertambah kepada 1.85 juta hektar berbanding 813,000 hektar tahun 2002. Selepas YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dilantik jawatan Ketua Menteri Sabah, hutan kekal Sabah meningkat lebih 1 juta hektar.
Hanya mereka yang tidak tahu pengurusan hutan akan bercakap bahawa tidak menebang kayu merupakan cara yang betul. Sebenarnya, hutan atau kayu-kayan mempunyai kehidupan alami bermula daripada biji, tumbuh dan membesar dengan mencapai usia matan lalu mati secara alami.
Pengurusan hutan yang baik apabila diurus berkenaan dengan hutan itu termasuk menebang pokok-pokok yang telah matang. Cuba anda lihat, keadaan bunga-bunga di taman-taman hanya melalui pruning yang kerap dan akhirnya pokok-pokok bunga akan tumbuh cantik dan banyak. Jika pruning tidak dijalankan, lihat bunga-bunga itu seperti, "hidup segan, mati tak mahu".
Demikian juga kayu-kayan di hutan. Bagi tujuan pemuliharaan hutan agar tumbuh kekal dan lebat, maka Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan Sabah mewujudkan Forest Management Unit (FMU). Dengan melalui sistem itu, penebangan pokok-pokok secara selektif hanya dilakukan dan pada masa yang sama menanam semula pokok-pokok daripada spesis yang sama.
Demikian juga kayu-kayan di hutan. Bagi tujuan pemuliharaan hutan agar tumbuh kekal dan lebat, maka Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan Sabah mewujudkan Forest Management Unit (FMU). Dengan melalui sistem itu, penebangan pokok-pokok secara selektif hanya dilakukan dan pada masa yang sama menanam semula pokok-pokok daripada spesis yang sama.
Sistem pengurusan hutan yang baik apabila sistem itu melalui peremajaan hutan.
Sejak tahun 2002, tiada lesen baru pembalakan dikeluarkan di Sabah. Jika ada didapati ada pembalakan, maka pembalakan itu telah dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah sebagai kaedah pemuliharaan hutan. Memelihara hutan bukannya percuma! Ianya memerlukan kos yang sangat banyak. Demi program situasi menang-menang, maka hasil daripada hutan selain sebagai sumber pendapatan negeri juga diagihkan bagi memenuhi kos peremajaan hutan.
Budak Jufazli, sesungguhnya tiada pengetahuan langsung berkenaan dengan pengurusan hutan. Ertinya, sebarang hujah pemuda kurang akal itu sebenarnya hanya hujah sahaja dan bukannya berasaskan kepada kedudukan sebenar sistem pengurusan hutan itu sendiri.
Punca banjir bukan semata-mata kerana adanya penebangan pokok-pokok. Punca banjir akibat pembangunan pesat dan berkait rapat dengan sistem perparitan. Pembangunan pesat menyebabkan kurangnya tanah terbuka. Apabila kurangnya tanah terbuka, maka air hujan tidak cepat meresap dalam tanah sebaliknya akan terkumpul. Atas sebab itu, apabila hujan lebat kawasan-kawasan yang berpadang konkrit cepat mengalami banjir. Keadaan ini pernah berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur. Atas kerana itu telah dibina Terowong SMART sebagai cara mitigasi banjir. Persoalannya, bolehkah Jufazli berhujah bahawa banjir di Kuala Lumpur kerana akibat penebangan hutan? Atau banjir di Kota Belud atau Kota Marudu kerana penebangan hutan? Sedangkan, Kota Belud dan Kota Marudu tiada kawasan hutan untuk pembalakan sejak zaman kuda gigit besi.
Jangan berhujah meletakkan otak di lutut tetapi pakailah akal yang waras!
0 comments:
Post a Comment