Latest News

Saturday 28 January 2017

Isu-Isu Dekat Dengan Rakyat


DI Sabah, ada beberapa isu dekat dengan rakyat sehinggakan isu-isu boleh mempengaruhi keputusan dalam pilihan raya. Sebenarnya, isu-isu yang akan diuraikan adalah bersifat setempat, ertinya setiap tempat mempunyai isu tersendiri.

AFS suka membahagikan isu-isu berasaskan kumpulan etnik kerana isu-isu yang dibahas mempunyai impak yang besar bagi setiap kumpulan etnik atau kumpulan tersebut.

Kumpulan etnik KDM, lebih fokus kepada faktor agama dan pemilikan tanah. Kumpulan etnik Bajau (Bumiputera Islam) lebih fokus berkaitan sara hidup dan kemudahan asas. Kumpulan teknokrat, lebih fokus soal-soal hak Sabah seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), 20 Perkara dan royalti minyak.

Jika dibahagi dan dibandingkan dengan jumlah pengundi, bahagian pertama mewakili 35%, bahagian kedua 45% dan ketiga 20%.  Melalui nisbah yang diberikan, maka-maka isu akan menggambarkan swing votes kepada pihak-pihak yang mampu mengeksplotasi isu-isu berkenaan. Jelas?

Sekiranya pada PRU-14 sejuta pengundi akan turun mengundi, 350,000 pengundi semasa turun mengundi akan membawa bekal di fikiran mereka soal-soal tanah dan agama. Manakala 450,000 pengundi akan membawa bersama mereka di peti undi akan soal-soal sara hidup dan kemudahan asas dan 200,000 pengundi membawa soal-soal hak Sabah ke peti undi.

Untuk memudahkan kiraan matematik akan dipuratakan jumlah pengundi bagi setiap DUN. Jika masih 60, maka setiap DUN akan diwakili 16,700 pengundi dan jika 73 kerusi adalah bersamaan 13,700 pengundi. Manakala bagi Parlimen berpurata sebanyak 40,000 pengundi.

Berasaskan nisbah yang diberikan, maka di setiap DUN (60), 5,845 pengundi membawa bersama mereka ke peti undi soal-soal tanah dan agama iaitu (a), 7,515 pengundi membawa bersama mereka soal-soal sara hidup dan kemudahan asas ke peti undi (b), manakala 3,340 membawa bersama mereka soal-soal hak-hak Sabah (c).

Jika jumlah DUN 73, maka 4,795 pengundi membawa faktor (a), 6,165 faktor (b) dan 2,740 faktor (c). Di peringkat Parlimen, 14,000 pengundi membawa faktor (a), 18,000 pengundi membawa faktor (b) dan 8,000 pengundi membawa faktor (c).

Melihat kepada data hipotesis yang diberikan bagi memudahkan analisis, apakah parti-parti komponen Barisan Nasional beserta pemimpinnya mempunyai data kecenderungan para pengundi di kawasan masing-masing? Bagi tujuan menang, maka setiap kelompok itu setidak-tidaknya 51% dikuasai Parti Barisan Nasional. Ini bererti pengundi atau penyokong BN bagi 60 kawasan DUN minimum sebanyak 8,600 undi, jika 73 adalah minimum 7,000 undi, manakala di peringkat Parlimen pula minima 20,400 undi.

Berasaskan kepada data hipotesis yang diberikan, maka satu gambaran kepada pucuk pimpinan BN untuk merangka startegi kempen semasa pilihan raya selain sebagai input merangka manifesto PRU-14.

Pendekatan kempen perlu “insitu” kerana setiap kawasan di Sabah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Para pemimpin BN tidak boleh berkempen dengan kaedah yang seragam kerana setiap kelompok pengundi mempunyai kecenderungan sendiri. Fikir-fikirkanlah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook