Latest News

Friday 20 January 2017

ITU KOMEN Cybertroopher Datuk Jumat Idris

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MANA PERGI UMNO SEPANGGAR... Oleh FB Alfred Chong (screenshot)

PEMBACA jangan terkeliru dengan posting akaun palsu itu kerana posting itu dilakukan oleh cybertroopher Datuk Jumat Idris, MP Sepanggar yang digantung keahlian daripada Parti UMNO selama 6 tahun dan berakhir selepas tahun 2018.

Posting pada laman sosial muka buku (facebook) itu seolah-olah tidak ada pemimpin lagi yang berkelayakan selain Jumat sehinggakan cuba mengelirukan fakta mengenai aktiviti pemimpin UMNO Bahagian Sepanggar. Perlu diingat bahawa sesebuah bahagian Parti UMNO bukan terdiri daripada seorang pemimpin tetapi melibatkan ramai pemimpin seperti Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Ketua Penerangan, Ahli Jawatankuasa (AJK), Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan segenap AJK sayap masing-masing. 

Bagaimana membandingkan peranan begitu ramai pemimpin akar umbi dengan seorang MP yang terpilih kerana mewakili UMNO atau BN? Kini, hanya bergerak solo bersama dengan konconya dan pergerakannya hanya bergantung kepada peruntukan Parlimen kerana peruntukan itu tidak ditarik atas sebab beliau masih menyokong parti Barisan Nasional.

Memanglah tidak menjadi perhatian surat khabar atau pengamal media tentang apa yang dilakukan oleh saudara Yakub Khan sebagai pemangku Ketua Bahagian. Akan tetapi, aktiviti yang dijalankan oleh Datuk Jainab Haji Ahmad Ayid sebagai Ketua Wanita UMNO Sepanggar, apakah itu tidak mewakli UMNO Bahagian Sepanggar? Atau aktiviti yang dilakukan oleh saudara Mohd Joh Wid, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Negeri itu juga bukan mewakili UMNO Sepanggar?

Hujah orang yang berselindung daripada akaun palsu sebenarnya hujah hantu yang tiada merit dan sesiapa yang terpengaruh dengannya bererti mereka itu menutup mata, akal dan fikiran. Mereka itu tergolong kumpulan yang tidak menerima perkara-perkara benar dan betul. Selain itu, mereka itu juga tergolong kepada kumpulan yang membabi buta dan tiada usul periksa.

UMNO Sepanggar seperti juga bahagian-bahagian lain di seluruh Sabah iaitu sudah memperkemas dan menyiapkan diri bersama parti-parti komponen BN yang lain dan bersiap sedia berdepan dengan PRU-14. Yakinlah, hanya melalui kerja berpasukan sahaja sesuatu parti akan mencapai kejayaan dalam sesebuah pilihan raya kelak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook