Latest News

Monday 16 January 2017

ITU TANAH KERAJAAN DI KG. ROMPON, TAMBUNAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tambunan, Sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SESIAPA sahaja rakyat Sabah boleh membuat permohonan ke atas tanah kerajaan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan melalui syarikat.

Apabila permohonan didapati ada merit untuk diluluskan maka kerajaan akan meluluskan. Namun, jika sebaliknya permohonan itu tiada merit untuk kelulusan maka geran tanah tidak akan diberikan.

Kerajaan mempunyai komitmen untuk mengurus tanah kerajaan khususnya untuk peningkatan taraf hidup rakyat. Tanah kerajaan tidak boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa pertimbangan ekonomi dan sosial.

Kerajaan negeri telah memperkenalkan 'Geran Komunal' semata-mata untuk memajukan tanah kerajaan melalui geran tersebut. Ini kerana sebelum ini polisi memberikan geran kepada individu bukan sahaja tanah yang diberikan itu tidak produktif tetapi malangnya juga dijual kepada pihak lain.

Penduduk kampung yang mengaku membuat permohonan tanah kerajaan, sebenarnya mereka itu ramai yang didapati telah diberikan geran tanah tetapi tanah-tanah yang diberikan itu telah mereka jual kepada pihak lain.

Mereka yang mahu memonopoli tanah-tanah kampung kerap melakukan permohonan tanah dan selepas tanah yang dipohon diberikan, kemudiannya mereka jual.

Di Sabah, kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan tanah secara bersendirian melainkan secara berkelompok melalui Geran Komunal. Ertinya, tidak ada lagi yang diberikan tanah kecuali melalui kaedah itu. Jika ada dakwaan bahawa ada syarikat telah diluluskan permohonannya, kemungkinan besar syarikat itu adalah syarikat kerajaan negeri seperti Sabah Land Development Board (SLDB) kerana syarikat milik kerajaan negeri dipertanggungjawabkan untuk memajukan tanah-tanah kerajaan untuk faedah rakyat secara umum. 

Permohonan tanah secara persendirian lebih bersifat  peribadi bukannya kepentingan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook