Latest News

Wednesday, 4 January 2017

'JALAN KAMPUNG' Bukan Jalan Utama Ke SMK Ulu Sugut, Ranau

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pelajar SMK Ulu Sugut Ranau terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer ke sekolah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) 53 years of Sabah, 40 years free oil we robbed... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iii) 2017 masih banyak jalan sebegini di Sabah... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(v) jalan raya sabah daif, sabah ketinggalan jauh dibawah umnobn... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

PEMANDU Van memilih jalan pintas ke sekolah seperti mana gambar yang diviralkan. Sebenarnya, jalan itu hanya jalan kampung dan bukanpun jalan yang digazetkan menuju sekolah tersebut yakni SMK Ulu Sugut, Ranau.

Jika pemandu van itu melalui jalan perhubungan ke sekolah tersebut sudah pasti tidak perlu melalui jalan yang tidak berbatu kelikir (gravel) itu. Jalan ini sebenarnya melalui tanah milik orang kampung dan jalan itu hanya jalan ke kebun. Mohon, jangan buat fitnah di media sosial tanpa usul periksa terlebih dahulu. Oleh kerana ianya jalan pintas ke sekolah, maka pemandu van gemar menggunakan jalan tersebut. Sebenarnya, jalan tanah ini boleh digunakan jika musim kemarau tetapi bukannya musim hujan. 

Bukan merupakan tanggungjawab kerajaan membina jalan persendirian walaupun jalan itu digunakan oleh penduduk kampung kerana bila-bila masa sahaja pemilik tanah itu akan melarang orang lain melintasi tanah miliknya kecualilah kerajaan mengambil alih sebahagian daripada tanah milik persendirian tersebut bagi maksud membina jalan.

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh memohon jalan pintas itu melalui wakil rakyat atau pejabat daerah dengan syarat, surat kebenaran serah hak milik daripada pemilik tanah. Dan jika itu dilakukan, wakil rakyat boleh memohon membina jalan tersebut secara one-off daripada kerajaan.

Sekali lagi diingatkan, jangan buat fitnah di media sosial dan jangan terus mempercayai sebarang pos atau artikel tanpa usul periksa terlebih dahulu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook