Latest News

Monday 23 January 2017

JALAN RAYA SUNGAI MANILA, SANDAKAN: Jalan 'Gravel' Tidak Diperbaiki

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya dapat aduan jalan raya tidak dibaiki oleh Musa Aman dan kerajaan BN di kawasan perkampungan Sungai Manila... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

TIDAK ada satu negara di dunia ni yang boleh menjamin kesemua jalan rayanya sudah bertar. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Russia, Jepun dan Korea Selatan juga tidak dapat menjamin semua jalan bertar kecualilah negara kecil seperti Singapura.

Sabah mempunyai keluasan 2/3 berbanding Semenanjung dengan 3.2 juta penduduk. Berbanding di Semenanjung hanya 27 juta penduduk yang mana perkampungan tersebar tidak merata termasuklah kampung-kampung di tepi pantai, di tepi hutan atau ladang-ladang dan ada juga perkampungan yang belum digazetkan sebagai kampung tetapi tetap diduduki penduduk. Pada keadaan seumpama ini, jalan kekal yang bertar tidak dapat dibina. Sebabnya, jalan berkenaan bukanlah jalan kekal. Atas sebab itu, bagi mereka yang tidak tahu apabila melihat jalan seumpama itu terus membuat kesimpulan bahawa kerajaan tidak mahu melakukan kerja-kerja penurapan jalan seperti itu.

Mereka yang tidak tahu perancangan kerajaan atau mereka yang tiada pengetahuan bertindak seperti orang buta yang memegang ular dikatakan belalai gajah. Inilah yang dilakukan orang fasik seperti Jufazli Shi Ahmad, budak yang kehilangan akal hanya kerana ditolak oleh golongan sebaya semasa bertanding Parlimen Belia Malaysia. Kita jangan lupa sejarahnya!

Seseorang yang kehilangan akal walaupun susuk tubuh kelihatan sihat tetapi tidak mampu mempergunakan akal fikiran lagi dek kerana akibat gegaran ditolak oleh golongannya sendiri. Gegaran otak boleh berlaku jika ada sesuatu keinginan yang terlampau sangat tidak terpenuhi. Gegaran pada otak pemuda itu telah mempengaruhi emosinya sehinggakan tidak mampu lagi membezakan mana satu perkara wajar dan mana yang tidak.

Adalah diminta kepada keluarga pemuda itu supaya menghantar ke doktor sakit jiwa untuk mengubati keadaan otaknya yang sangat terganggu. Nampak gayanya, masih belum terlambat lagi untuk berubat. Jangan marah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook