Latest News

Wednesday 18 January 2017

JAMBATAN KEDUA SUKAU KINABATANGAN


IDEA cadangan pembinaan Jambatan Kedua Sukau Kinabatangan adalah termasuk dalam komponen pembangunan Pekan Baru Sukau yang telah saya ilhamkan sejak tahun 2010 yang telah dirasmikan pelancarannya pada 24 Julai 2010 oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua menteri Sabah. Projek jambatan ini adalah amat penting dalam merealisasikan Sukau menjadi daerah baru@daerah kecil menjelang tahun 2020. 

1. Projek ini diluluskan kerajaan dalam RMK-11 RP1(2016) namun terlewat disebabkan kesan bantahan/pandangan pihak berkepentingan dan NGO-NGO luar serta menunggu kelulusan TOR dan Laporan EIA. TOR telahpun diluluskan Jabatan Alam Negeri Sabah hanya sekitar EIA masih dalam proses lagi. Sebaik saja Laporan-Laporan EIA diluluskan projek ini akan dimulakan.

2. Kerajaan melalui KKLW dan JKR (Sabah) telahpun melantik kontraktor.

3. Pihak kontraktor telahpun memulakan kerja-kerja awal penyediaan pejabat atau site office di tapak tanah private land di Pekan Sukau.

4. Kerajaan telahpun memberi ruang yang secukupnya kepada pihak-pihak yang berkepentingan untuk memberi komen dan bantahan namun masih ada lagi NGO-NGO luar yang mempertikaikan pembinaan projek berkisar dengan isu yangg sama iaitu isu hidupan liar yang telahpun banyak perkara dipatuhi oleh kerajaan termasuk membina viaduct dalam fasa kedua projek ini untuk memberi laluan jalan hidupan liar termasuk Gajah Pygmy (Gajah Kerdil Borneo) yang menjadi tekanan kepada projek supaya tidak diteruskan.

5. NGO-NGO luar ini lebih mementingkan hidupan liar daripada kehidupan manusia sejagat. Pekan Sukau memerlukan perubahan tranfomasi pembangunan yang telah lama diimpikan oleh rakyat sekian lama.

6. Kemiskinan tidak dapat diatasi disebabkan tidak ada connectivity atau jalan raya mahupun jambatan menghadkan movement rakyat utk memenuhi keperluan ekonomi yang amat kritikal.

7. Dengan terbinanya jalan dan jambatan, isu keselamatan dapat diatasi oleh  kerajaan khususnya kepada kampung-kampung yg terlibat seperti Kg. Litang, Kg. Tidong, Kg. Dagat, Kg. Tundun Bohangin, Kg. Sri Ganda dan kawasan lain yang terdedah kepada ancaman luar berikutan terletak di pesisiran pantai yang juga termasuk dalam 'Jajahan ESSCom'.

8. Isu kesihatan dapat diselesaikan kerana kampung-kampung yang saya sebutkan tadi dapat terus menerima perkhidmatan rawatan yang hampir di 'Hospital Pekan Sukau'.

9. Yang saya perhatikan bantahan NGO-NGO luar orang berkulit putih ini adalah bermotif kepentingan diri dan melihat bahawa Sukau ada syurga bagi menyalurkan dana antarabangsa atas keindahan biodiversity untuk tujuan mengaut keuntungan. 

10. Dana (NGO) ini hanya disalurkan sekiranya Sukau kekal dalam keadaan mundur dan terkenal dengan 'bio'nya. Mereka khuatir sekiranya jambatan ini terbina, penyaluran dana ini terhenti, maka habislah NGO-NGO ini gulung tikar dan balik ke negara asal lalu merempat.

Sekian,

Datuk Saddi Abdul Rahman, ADUN Sukau
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook