Latest News

Saturday 14 January 2017

KES FITNAH 2,000 KELUAR PARTI UMNO: Rebut Keahlian Parti Macam Kucing & Tikus

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau ahli biasa PKR sertai parti UMNO atau ahli pembangkang sertai... Oleh FB Page Demi Sabah – Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)

APA yang jelas parti yang baru ditubuhkan tidak akan dapat mengumpul ahli tanpa memancing ahli-ahli parti lain. Ini bermakna parti yang ditubuhkan itu akan dapat ahli-ahli parti lain yang tidak ada semangat perjuangan tetapi hanya menyertai sesebuah parti untuk mendapatkan habuan atau kepentingan peribadi.

Lazimnya, para ahli parti berkumpul pada sesebuah parti dan kemudiannya menyandarkan kepada pemimpin parti itu adalah untuk membawa kemajuan, pembangunan dan juga pembelaan untuk kegunaan ramai. Namun, ada juga segelintir ahli parti yang hanya maju memperjuangkan kepentingan peribadi yang bukannya kepentingan ramai.

Di daerah Keningau semisalnya, ada pemimpin parti UMNO yang juga wakil rakyat kawasan itu dan merangkap Pembantu Menteri dapat mewakili ahli-ahli parti UMNO untuk membawa kemajuan dan pembelaan khasnya kepada para ahli dan umumnya kepada rakyat kawasan itu.

Jika para ahli parti UMNO merasakan mereka tidak terbela maka adalah wajar mereka itu meninggalkan parti dan menyokong pemimpin yang boleh membawa pembelaan.  Jika para ahli parti itu merasakan bahawa pemimpin mereka yakni Datuk Sairin Karno tidak dapat membela mereka dan merasakan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal daripada Semporna mampu membela mereka, maka tiada yang boleh menghalang mereka untuk meninggalkan parti.

Datuk Sairin Karno telah menjadi pemimpin parti UMNO sejak UMNO ditubuhkan di Sabah dan seterusnya beliau menjadi wakil rakyat DUN N.34 Liawan lebih 20 tahun lalu. Jika sebelum ini para ahli parti UMNO begitu setia kepada parti termasuk semasa UMNO bersama parti-parti BN belum membentuk Kerajaan Sabah, bagaimana pula para ahli parti tiba-tiba menyertai parti baharu yang tidak teruji kemampuannya? Apakah mereka itu termasuk ahli-ahli yang tidak dapat berfikir? Atau mereka itu bagaikan, "mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan"?

Jika benarlah mereka itu seramai 2,000 orang ahli telah keluar daripada parti UMNO bermakna sekurang-kurangnya 40 cawangan parti itu telah lumpuh. Secermat manapun seseorang menyembunyikan tindakan keluar daripada parti akan pasti jua Ketua Cawangan atau ahli-ahli parti peringkat cawangan akan mengetahuinya. Namun, apa yang pelik daripada lebih 10,000 ahli hanya diketahui 50 orang yang menyertai Parti Warisan Sabah semasa majlis sambutan Krismas yang dihadiri Shafie di Keningau pada minggu lalu.

Demikian juga di Pensiangan, daripada lebih 10,000 ahli hanya 50 orang ahli sahaja diketahui menyertai Parti Warisan Sabah. Apakah 50 orang itu mewakili 1,950 ahli yang lain? Bolehkah ianya demikian? Cara Parti Warisan Sabah mewar-warkan keahlian dengan mengumumkan bahawa ahli-ahli parti lain menyertai parti itu, sebenarnya merupakan cara lama kononnya perang saraf bagi mempengaruhi ahli-ahli menyertai parti itu dengan mengambil pengertian peribahasa, "mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan". 

Persoalannya, terlalu dangkalkah fikiran para ahli UMNO itu? Sehinggakan mahu meninggalkan parti yang membela mereka seolah-olah mereka itu membunuh seekor angsa yang bertelur emas?

Cara Parti Warisan Sabah mewar-warkan keahlian dan tahap minda pemimpin mereka masih mengandaikan bahawa rakyat Sabah masih pada tahap berfikir tahun 60-an. Lupakan cara lama itu kerana rakyat sekarang mengutamakan, 'what you see is what you get. Rakyat kini mengutamakan pemimpin yang tahu 'walk the talk'. Tunai janji bukan janji retorik atau janji bulan bintang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook