Latest News

Saturday 14 January 2017

KOTA BELUD Diramaikan Pemimpin Musim Pilihan Raya


DI merata negeri pada masa ini bukan sedikit pemimpin bermusim atau pemimpin musim pilihan raya. Mereka yang tiada latar belakang sebagai pemimpin tiba-tiba menjadi pemimpin termasuklah berucap berapi-api  pada majlis-majlis yang dipanggil acara 'kopi-kopi'.

Memang bukan kesalahan apabila majlis diadakan di perkarangan rumah kediaman apatah lagi acara itu berselndung dengan acara kopi-kopi atau kenduri. Pada acara seumpama ini, maka ramailah menonjolkan diri sebagai pemimpin khususnya mereka yang telah bersara daripada jawatan kerajaan.

Apa yang malang, pesara-pesara kerajaan itu meskipun telah berkhidmat puluhan tahun tetapi jumlah perkhidmatan mereka tidakpun menyumbang kepada pembelaan rakyat melainkan bersifat bagai, "enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Bererti hanya bekerja untuk kepentingan peribadi. Namun, apabila tidak ada kuasa lagi, maka tiba-tiba mencipta diri sebagai pemimpin dengan berbagai hujah sedangkan hujah-hujah itu hanya bersifat menegakkan benang basah, hujah-hujah retorik, tiada asas dan hanya merupakan hujahan syiok sendiri. Apa yang menyedihkan lagi, meskipun telah berkhidmat puluhan tahun malangnya tidak ada satu kertas cadanganpun yang pernah dibuat melainkan hanya bekerja waktu pejabat 8-4 petang kemudian pulang ke rumah dan demikianlah secara rutin sepanjang berkhidmat sampai kerepot.

Rakyat sekarang bukan macam rakyat 30 tahun lalu. Rakyat kini sudah kenal yang mana satu intan permata dan mana satu yang batu. Bayangkan, pemimpin politik yang menghabiskan masa dalam dunia politik puluhan tahun semata-mata untuk membela rakyat kemudiannya dipersalahkan oleh mereka yang “tiba-tiba” menjadi pemimpin ini pula.  

Di Kota Belud, pemimpin yang telah menghabiskan masa kehidupannya dalam dunia politik bukanpun ramai dan mereka itu secara konsisten memperjuangkan rakyat yang mereka wakili dengan berbagai kaedah dan cara. Membela rakyat bukan boleh dilakukan sekelip mata. Ianya memerlukan masa yang panjang dan sebab itu pembangunan tidak pernah berhenti dan pembangunan senantiasa berjalan.

Siapakah mereka ini yang mempersoalkan kewibawaan pemimpin Kota Belud khususnya 
Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak? 
Tan Sri Pandikar Mulia? 
Dato' Abdul Rahman Dahlan? Atau...
Datuk Musbah Jamli? 

Kepada mereka ini, jangan cuba memikul sesuatu bebanan yang sudah pasti anda tidak mampu mengangkatnya. Anda kena mengukur baju di badan sendiri! Jangan bercakap soal-soal yang bukan bidang anda dan jangan bercakap sesuatu yang anda tiada kepakaran dan tiada kemampuan. Benar, bukan?

Jarak anda dengan kepimpinan negara adalah sungguh beribu batu dengan kepimpinan negeri yang juga beratus batu. Bagaimana anda boleh mengatakan mampu memimpin dengan lebih baik daripada insan-insan terpilih di Kota Belud? Janganlah syiok sendiri kerana perasaan itu hanya membuatkan anda sakit jantung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook