Latest News

Thursday 5 January 2017

LAGI SKANDAL RASUAH JANS: Kini Ke Arah KSU, Ada Apa Dengan KSU???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selepas kes wang dalam almari Pengarah Jabatan Air yg turut dikaitkan dengan Kementerian Luar bandar dan Wilayah... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

WALAUPUN Dato' Mohd Arif Abdul Rahman ditahan SPRM sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KKLW, namun menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, aktiviti rasuah yang dilakukan beliau bermula sejak tahun 2010, sebenarnya semasa beliau berjawatan Pegawai Kewangan Negeri Selangor. 

Arif dilantik sebagai KSU KKLW pada bulan Oktober 2015.

Dato' Mohd Arif Abdul Rahman ditahan bersama dua anak beliau dan pihak SPRM telah menjumpai wang tunai lebih RM3 juta termasuk mata wang asing, 8 kg jongkong emas, berbagai jenama beg yang bernilai antara RM7,000 - RM100,000 serta 10 keping geran tanah di berbagai lokasi di Lembang Klang.

Arif dipercayai menyalah guna kuasa termasuk melantik kontraktor, vendor dan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan rasuah. Beliau bersama dua anaknya ditahan reman seminggu bagi proses siasatan.

Spekulasi bahawa KSU itu terlibat dengan jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebenarnya tidak relevan. Biarlah SPRM menentukan kesalahan apa yang dilakukan oleh KSU tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook