Latest News

Wednesday 25 January 2017

LAKONAN 'TEATER' SEORANG PEMIMPIN


SEJAK bila pemimpin itu mengurut kaki rakyat? Situasi itu berlaku selepas tiada jawatan. Dan, sejak bila pemimpin itu menghulur tangan terlebih dahulu untuk maksud bersalam? Adalah sejak pemimpin itu tiada jawatan menteri. Sejak bila pula pemimpin itu turun padang melawat mangsa banjir? Sejak pemimpin itu memimpin parti berlambangkan perahu layar.

Sebenarnya, pemimpin itu kena mengambil iktibar semasa beliau jatuh di jambatan di kawasannya sendiri. Isyarat itu adalah tanda kejatuhannya kerana lakonan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dibalas oleh Maha Pencipta.

Seseorang pemimpin yang hanya berlakon sepanjang memimpin akan merasai lakonan itu dengan pembalasan yang amat dahsyat.

Tidak sampai setahun selepas dipecat, terbongkarlah berbagai macam malapetaka yang terpalit dengan pemimpin itu. Terbongkarnya jenayah rasuah skandal air Jabatan Air Negeri Sabah berkaitan dana KKLW daripada tahun 2010-2015 yang berjumlah RM3.3 bilion. Itu merupakan pembongaran luar biasa lakonan pemimpin itu.

Pendedahan berbagai gambar yang menyembah rakyat sesuatu yang tidak pernah beliau lakukan semasa mempunyai jawatan, terserah lakonan beliau.

Beliau terlupa bahawa Parti UMNO dan sokongan pemimpin seperti Tun Sakaran Dandai membuatkan pemimpin itu menjadi pemimpin. Bermula sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri tahun 1994 membolehkan pemimpin itu menjadi pemimpin. Melantik sebagai Ketua Pemuda UMNO menjadikan beliau menjadi pemimpin.

Beliau terlupa sokongan Dato' Seri Najib Razak kepada beliau sehingga membawa imej 'blue boy' Perdana Menteri keenam itu semasa Dato' Seri Najib Razak menjawat Menteri Pertahanan dan pemimpin itu dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.

Ambillah iktibar sokongan Dato' Seri Najib Razak sehinggakan beliau boleh menjadi Naib Presiden UMNO tatkala Dato' Seri Najib Razak menjawat Presiden, boleh-boleh pula beliau khianati siapalah rakyat yang beliau tidak peralatkan.

Takdir menunjukkan apabila beliau menubuhkan parti yang dinamakan Parti Warisan Sabah sehingga mengambil logo perahu layar yang memberi konotasi lanun atau perompak. Secara harfiahnya, lambang itu membawa pengertian akan membawa harta Sabah lari atau dikaut sepenuhnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook