Latest News

Monday 9 January 2017

Lim Kit Siang & DAP Pengamal Politik Kebencian

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) you are one of the biggest hypocrites for accusing DAP of practising the politics of HATRED when you know... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

SIFAT politik yang mengamalkan kebencian apabila mempersoalkan peluang orang lain, peluang agama lain mahupun peluang bangsa lain yang menyokong sesebuah parti yang memerintah berbanding mereka yang menyokong DAP dan Lim Kit Siang. Sifat demikian adalah sifat Lim Kit Siang dan DAP. 

Sebab itu, apabila sesuatu program atau projek untuk kebajikan majoriti, Kit Siang akan menghasut yang minoriti supaya membantah.  Oleh kerana yang membantah melakukan kekecohan, maka kerajaan terpaksa akur terhadap bantahan itu walaupun projek itu bagi mereka yang majoriti senyap. Sebagai contoh, protes penduduk Kg. Tambatoun, Kota Belud berkenaan dengan pembinaan empangan air bagi kegunaan 100,000 penduduk Kota Belud terpaksa dibatalkan kerana Kit Siang berkampung di kampung tersebut bagi menghasut penduduk kampung berkenaan. 

Faktor menanamkan kebencian itu, akan juga melekat kepada 100,000 penduduk terhadap penduduk kg Tambatoun. 

Demikian juga hasutan terhadap beberapa kumpulan penduduk di Kg. Kaiduan, Papar bagi membantah pembinaan empangan Kaiduan untuk memenuhi keperluan penduduk Papar dan sekitarnya terutama daerah Kuala Penyu yang senantiasa berdepan dengan masalah air. Oleh kerana hasutan DAP dan Kit Siang serta agen Kit Siang seperti Jannie Lasimbang, maka penduduk Kg. Kaiduan membantah akibat terhasut dengan maklumat palsu dan akibatnya timbul kebencian daripada penduduk yang majoriti terhadap penduduk kampung tersebut.

Apa yang dikatakan oleh Tan Sri Joseph Kurup bahawa parti DAP dan Kit Siang membawa politik kebencian antara rakyat memang benar. Ini kerana pada setiap peluang sahaja, Kit Siang senantiasa mengapi-apikan kumpulan-kumpulan tertentu supaya benci kepada kumpulan lain dan mewujudkan kecurigaan antara agama dan kaum.

Kit Siang adalah pengamal politik berbagai rupa. Dilihat pihak berkata lain, di lain pihak pula berkata lain dan tindakan itu mengakibatkan curiga-mencurigai antara kumpulan sasar baik agama mahupun kaum.

Politik Kit Siang dan DAP adalah politik chauvanis dan perkauman yang amat tebal. Atas sebab itu, sebelum rakyat Sabah terkeliru adalah lebih Kurup mengingatkan semula dan menjelaskan kedudukan Kit Siang dan parti DAP. Selain itu, politik Kit Siang dan DAP adalah pengamal kasta sehingga ada kumpulan ada kelas tinggi dan kumpulan pariah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook