Latest News

Thursday 19 January 2017

MENGAPA Empangan Kaiduan MESTI Perlu Dibina?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Buli picaya ka?... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Is this dialogue or monologue... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) First you said it's the west coast... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

MENGAPA Empangan Kaiduan perlu dibina? Sebabnya, untuk menampung keperluan penduduk Pantai Barat Sabah sehingga tahun 2050 termasuklah kepada mereka yang tegar mengkritik pembinaan empangan itu.

Para pengkritik atau pembantah kepada projek itu, sebenarnya terdiri daripada mereka yang berfikiran sempit dan tiada hati untuk membantu keperluan orang ramai dalam jangka masa panjang.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil ikhtibar apa yang berlaku di Selangor atas sebab negeri itu alpa dan mengabaikan pembangunan loji air sehinggakan penduduk negeri itu sedang menderita kekurangan air sejak lebih 10 tahun lalu dan berterusan sehingga kini. Bayangkan!

Mereka yang membantah Empangan Kaiduan berkemungkinan besar tidak dapat menyaksikan penderitaan rakyat pada 40 tahun daripada sekarang dan pada masa itu, rakyat yang menderita kekurangan air, memaki hamun atau menyalahkan pengkritik atau pembantah tidak bermakna lagi apabila mereka itu sudah berada enam kali dalam tanah.

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Pairin Kitingan, tidak mahu menjadi sebahagian daripada pemimpin negeri yang menjadi kutukan generasi tahun 2050. Ini kerana rakyat pada masa itu sudah pasti akan berdepan kekurangan air seperti mana dialami rakyat Selangor pada masa kini.

Mereka yang membangkang pembinaan keperluan rakyat, sebenarnya mereka yang mahu menafikan kemudahan seumpama itu dinikamti orang ramai dan menggambarkan bahawa mereka ini hanya memperjuangkan kepentingan politik, bukannya kepentingan rakyat. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook