Latest News

Friday 20 January 2017

MENGAPA Letak Kereta Dikenakan Caj Seperti Itu? Suatu Mekanisme Terhad

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

KAWASAN letak kereta khususnya di bandar akan dikenakan caj atau yuran. Sebabnya, ruangan yang terhad untuk sejumlah pengguna yang sangat ramai. Semakin terhadnya lot letak kereta, maka semakin tinggilah cajnya. Tujuannya, agar pengguna tidak meletakkan kereta terlalu lama pada lot-lot tersebut.

Jika mekanisme letak kereta di kawasan-kawasan terhadpun tidak difahami seseorang yang mengaku pintar dan mempunyai kelayakan Sarjana seperti pengguna facebook itu, bagaimana pula dia boleh memberikan alternatif kepada kepimpinan?

Memberi komen dan mengaitkan isu caj letak kereta dengan YAB Datuk Seri Musa Aman sangat menggambarkan bahawa si Jufazli Shi Ahmad adalah seorang pemuda yang mengaku hebat, kononnya mempunyai pengikut ramai di laman sosial (... pengikut akaun palsu) tetapi membuktikan dirinya tiada kemampuan berfikir secara positif dan tidak mampu melihat ruang lingkup yang lebih luas melainkan hanya ruang lingkup yang sangat sempit dan jumud. Itu fakta!

Di mana-mana tempat jika sesuatu kawasan itu sangat terhad, pihak berkuasa tempatan akan mengambil dua pendekatan sama ada melarang sama sekali meletakkan kenderaan atau mengenakan caj yang sangat tinggi. Kadangkala juga kerajaan tempatan akan mengambil pendekatan yang lebih drastik, “Dilarang Masuk”.

Melihat kepada kad caj yang dikenakan, semakin lama semakin meningkat benar, bukan? Ertinya, kerajaan tempatan memberitahu semua pemilik kenderaan jangan meletakkan kenderaan di kawasan itu terlalu lama kerana orang lain juga perlu meletak kereta untuk sama-sama berurusan. Oleh yang demikian, jika urusan anda sudah selesai, maka cepat-cepatlah beredar kerana ramai lagi yang menunggu untuk meletak kenderaan mereka.

Jika Jufazli tidak juga dapat menangkap mesej yang disampaikan melalui papan notis itu bemakna kelayakan yang ada padanya bukan terlahir daripada akal dan fikiran. Akan tetapi, terlahir daripada hafalan sahaja seperti mana tuan burung Tiong yang mengajar burung itu bercakap sesuatu perkataan yang terhad tetapi tidak memahami satupun maksudnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook