Latest News

Tuesday 10 January 2017

PARTI WARISAN SABAH: Belumpun Menyertai Pilihan Raya Sudah Curiga


APABILA seseorang takut dikejar bayang-bayang, maka pokok bergoyangpun dikatakan hantu! Demikianlah perasaan Shafie terhadap parti-parti pembangkang lain.

Datuk Seri Shafie Apdal, Persiden Parti Warisan Sabah membayangkan bahawa partinya lebih hebat berbanding dengan parti-parti pembangkang lain. Sebab itu, kononnya parti itu sangat berhati-hati memilih rakan parti itu kerana parti-parti itu mempunyai potensi sebagai katak selepas menang. Wow!!... 

Melalui kenyataan Shafie semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Natal anjuran parti itu di Keningau pada Ahad lalu, membayangkan kehebatan parti pimpinan beliau dan menganggap bahawa calon-calon parti pembangkang lain adalah calon-calon tidak berintegriti dan berpotensi sebagai wakil rakyat khianat.

Apabila seseorang pernah berkhianat, maka dia membayangkan orang lain juga akan bertindak sama!

Jika parti-parti pembangkang Sabah mengikuti atau mendengar ucapan Shafie di Keningau, maka sudah menjadi bukti bahawa Shafie tidak memberikan sebarang merit kepada parti-parti itu.

Shafie dan Parti Warisan Sabah menumpukan kepada kawasan DUN Sabah kerana mahu mengambil alih kerajaan negeri daripada Parti Barisan Nasional.  Dalam usaha itu, maka beliau terperangkap dengan perasaan sendiri apabila bekerjasama dengan parti pembangkang lain. Maka, matlamat itu tidak akan tercapai kerana calon-calon parti-parti selain Warisan adalah calon-calon yang tidak amanah.

Melihat kepada ucapan Shafie itu, besar kemungkinan Parti Warisan Sabah akan bergerak solo dan berlaku bertembungan free for all antara parti-parti pembangkang melawan parti Barisan Nasional.

Kenyataan Shafie itu, memang ada merit kerana pada pemimpin parti pembangkang yang ada semuanya adalah pemimpin katak. Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan juga termasuklah para pemimpin Parti Warisan Sabah adalah terdiri daripada pemimpin katak. 

Kenyataan Shafie itu, semacam menyuruh anak ketam berjalan lurus, sedangkan dirinya juga berjalan senget. Hahaha, main kau burung!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook