Latest News

Monday 23 January 2017

Parti Warisan Sabah Bergerak SOLO


KEADAAN politik Sabah tidak akan kembali seperti mana pengalaman Parti Berjaya tahun 1976 dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tahun 1985. 

Rakyat Sabah telah mempelajari dan mendapat pengalaman bahawa pemerintahan satu parti, sebenarnya bukan untuk rakyat tetapi untuk para pemimpin parti berkenaan.

Perkongsian kuasa melalui satu parti tidak lagi menepati citarasa rakyat Sabah kerana sebelum ini telah dicuba dan dilakukan oleh Parti PBS pada pilihan raya tahun 1999 selepas parti itu kehilangan kuasa pada tahun 1994. Ini adalah atas asas utama rakyat Sabah telah kehilang keyakinan terhadap sistem satu parti maka PBS menyertai semula komponen BN pada tahun 2002.

Keadaan politik Sabah tidak memungkinkan lagi sistem satu parti bakal diterima kerana terbukti melalui sistem multi- atau pelbagai parti lebih membawa pembelaan kepada rakyat secara umum.

Sistem yang diguna pakai Parti Barisan Nasional adalah lebih menepati citarasa rakyat. Ini kerana melalui sistem yang diguna pakai tidak terdapatnya kumpulan atau golongan lebih superior melainkan sekecil manapun parti ianya mempunyai hak sama rata dalam membuat sebarang keputusan

Keputusan Parti Warisan Sabah bergerak solo bagi merampas Kerajaan Negeri Sabah daripada Parti Barisan Nasional hanya merupakan tindakan tidak mengukur baju di badan sendiri. 

Sebenarnya, dalam sistem pilihan raya tidak ada parti yang boleh mengaku bahawa parti itu adalah pilihan rakyat melainkan rakyatlah yang menentukan parti mana yang bakal dipilih. Kunci kepada pilihan rakyat adalah peranan perjuangan dan kemampuan sesebuah parti memenuhi aspirasi rakyat. 

Perjuangan sesebuah parti secara kolektif yang dilakukan para pemimpinnya dilihat sejauh mana para pemimpin itu mengotakan janji dan sejauh mana menunaikan kehendak rakyat. 

Parti Barisan Nasional Sabah yang diterajui YAB Datuk Seri Musa Haji Aman sejak tahun 2003 telah bertindak sesuai dengan kehendak rakyat sebagaimana digariskan pada setiap bajet tahunan Sabah.

Kerajaan Sabah di bawah teraju Musa telah bertungkus lumus meningkatkan pendapatan negeri, berusaha segigihnya menurunkan kadar kemiskinan, bertindak bijak dengan mengurangkan industri pembalakan yakni memperluaskan kawasan hutan dan juga  telah bertindak pantas agar tanah milik pribumi tidak dijual dengan memperkenalkan 'Geran Komunal'.

Kerajaan Sabah sudah bertindak membina prasarana keperluan rakyat sesuai dengan kewangan negeri. Namun, peranan Persekutuan yang diberikan melalui salah satu Kementerian Persekutuan seperti KKLW, di mana menterinya adalah anak watan Sabah yang difikirkan oleh Perdana Menteri yakni seseorang yang bakal membela rakyat negerinya tetapi apa yang berlaku peruntukan Persekutuan untuk Projek Bekalan Air bersih Luar Bandar (BALB) berjumlah RM3.3 bilion tidak sampai ke sasaran kerana tindakan kong kali kong pihak-pihak tertentu. Jikalau peruntukan sebanyak itu disalurkan terus kepada kerajaan negeri seperti mana peruntukan daripada kementerian lain, sudah pasti isu bekalan air bersih luar bandar Sabah sudah selesai.

Kini, pemimpin itu mengetuai Parti Warisan Sabah yang kononnya bergerak solo sebagai parti alternatif kepada Parti Barisan Nasional. Cubalah tanya pada diri sendiri sebagai rakyat, bagaimanakah anda boleh bersandar kepada seseorang yang tidak menunaikan tanggugjawab kepada rakyat semasa seseorang itu berkuasa?  

Jika nawaitu seseorang itu tidak menunaikan tanggungjawabnya, sampai bilapun dia tidak akan menunaikan tanggungjawabnya. Tutup cerita!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook