Latest News

Monday 30 January 2017

PELABURAN FELDA SABAH Shafie Cuba Mempolitikkannya


DATUK Seri Shafie Apdal melakukan pendekatan mempolitikkan pelaburan Felda di Sabah dengan membuat kenyataan mengelirukan rakyat dengan dakwaan bahawa agensi persekutuan itu mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dan ianya mengenepikan kepentingan rakyat Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah itu terlupa semasa beliau masih menteri KKLW di mana RISDA dan Felcra merupakan kawalan kementerian itu tidakpun memberikan kepada Kerajaan Sabah sebarang peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW bagi kepentingan RISDA dan Felcra. Sebaliknya, semua peruntukan dikendalikan oleh kementerian beliau. Malah, telah berlaku usaha pembelian tanah Sabah oleh RISDA bagi tujuan projek RISDA. Namun, kerana hak tanah adalah hak Sabah maka pembelian itu perlu dibatalkan sehinggakan agensi itu kerugian puluhan juta ringgit yang dibayar melalui guaman dan hingga kini wang itu tidak dapat dikutip semula oleh agensi berkenaan.

Persoalannya, mengapa Shafie pada masa itu tidak menyalurkan wang RISDA itu kepada SLDB agar agensi kerajaan negeri itu mempunyai modal untuk membuka ladang-ladang baru? Bagaimana pula Presiden Parti Warisan Sabah itu terfikir berkaitan tanah-tanah Felda yang sudah mengeluarkan hasil dan setiap pengeluaran mendatangkan pendapatan kepada Sabah dalam bentuk cukai?

Mengapa menteri pengganti beliau Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pula boleh menyalurkan dana ratusan juta ringgit kepada SLDB sedangkan Shafie sebagai anak Sabah tidak mampu berbuat demikian? Fikir-fikirkan!

Rakyat Sabah jangan tertipu apa yang dinyatakan MP Semporna itu kerana kenyataan beliau merupakan kenyataan palsu dan mengelirukan kerana fakta menunjukkan bahawa beliaulah yang tiada niat untuk membela rakyat Sabah sendiri.

Bukti nyata bahawa Shafie juga tiada niat membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Sabah semasa beliau menteri KKLW apabila dana daripada KKLW untuk Sabah tidak pernah disalurkan kepada kerajaan negeri akan tetapi diurus oleh kementerian beliau sendiri sehinggakan kepentingan rakyat Sabah dinafikan melalui dana Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang bernilai RM3.3 bilion.

Ada kemungkinan muslihat Shafie mengambil alih tanah yang diusahakan Felda Sabah dan kemudian tanah-tanah itu dipindah kepada NewCo seperti mana usaha mengambil alih Yayasan Sabah tahun 1994. Apabila berlaku pengambilalihan NewCo, maka akan berlaku new deal dan akhirnya faham-fahamlah apa yang berlaku pada new deal itu.

Shafie terlepas pandang bahawa kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Musa Aman lebih ke depan berkaitan dengan keluaran ladang Felda di Sabah, di mana kerajaan negeri telah menubuhkan Palm Oil Industry Cluster (POIC) pada tahun 2005. Penubuhan POIC bukan sahaja dapat melahirkan peluang pekerjaan sehingga 10,000 peluang pekerjaan tetapi juga menarik pelaburan sehingga RM14 bilion dan mampu menghasilkan Keluaran Negara Kasar (KNK) RM6.4 bilion.

Shafie sebenarnya terlepas keretapi kerana apa yang beliau akan lakukan sudah lama dilaksanakan kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan Shafie (sebenarnya dia juga tahu) bahawa pentadbiran negeri Sabah telah meningkat ke angka lebih RM4 bilion setahun walaupun sumber kayu-kayan bukan lagi penyumbang utama. Sumber pendapatan itu sebahagian besarnya adalah hasil kutipan cukai daripada peladangan di Sabah termasuk Felda.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook