Latest News

Tuesday 31 January 2017

Peluang Calon-Calon PBS Pada PRU-14

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Maximus bilang akan dapat 6 kerusi itu balik... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

TIDAK dinafikan bahawa kekuatan seseorang calon yang mewakili parti komponen sangat bergantung kepada kekuatan parti itu sendiri dan kekuatan parti komponen lain atau Parti Barisan Nasional pada satu-satu kawasan.

Pada kawasan yang disebutkan di mana calon Parti Barisan Nasional yang diwakili parti PBS kalah pada PRU-13 lalu dan dikatakan kemungkinan pada PRU-14 akan datang akan ditawan semula hanya akan ditentukan oleh para pengundi kawasan itu dan bukannya ditentukan oleh pihak lain yang bukan pengundi di kawasan itu. Selain itu, pengundi di kawasan itu juga mampu menilai bagaimana kerajaan Parti Barisan Nasional membela pengundi meskipun kawasan itu tidak diwakili wakil rakyat Parti Barisan Nasional.

Kalau rakyat di kawasan-kawasan itu merasakan mengundi calon-calon bukan Parti Barisan Nasional lebih menguntungkan mereka, maka tiada pihak yang boleh menang di kawasan itu termasuk juga Parti Barisan Nasional.

Keputusan rakyat mengundi sesebuah parti dalam pilihan raya sangat bergantung kepada keupayaan parti itu selepas menang. 

Pengundi di kawasan itu sudah merasakan diwakili pembangkang dan jika mereka berpuas hati terhadap wakil rakyat mereka, maka tiada cara untuk menawan semula kawasan itu. Namun, jika majoriti pengundi merasa menyesal diwakili pembangkang, maka ada kebenaran kenyataan Pemangku Presiden Parti PBS itu bahawa pada PRU-14, kawasan-kawasan itu bakal dimenangi calon yang diwakili Parti PBS.

Sebenarnya, tiada siapa yang boleh meramal siapa yang menang dalam pilihan raya. Namun, setiap parti mempunyai data yang menyokong sebarang kenyataan menang atau kalah.

Kemungkinan besar Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mempunyai data berkaitan sokongan terhadap Parti BN di kawasan-kawasan itu. Berasaskan data itu maka beliau membuat kenyataan bahawa kawasan-kawasan itu bakal dirampas semula.

Siapa pengguna facebook itu? Dia hanya bergerak solo dan hanya berhujah menggunakan kekuatan hujung jari. Tiada maklumat lapangan secara berfakta berbanding dengan dapatan pihak BN iaitu hasil maklum balas daripada akar umbi.

Jentera BN atau PBS cukup ramai dan melalui jentera itu dapat mengenal pasti kekuatan sokongan. Namun, sebarang keputusan pilihan raya sepenuhnya bergantung kepada suara majoriti. Jika majoriti pengundi mengundi calon BN, maka sebarang hujah daripada pihak-pihak yang hanya hero di laman sosial akan mengetahui bahawa hujah mereka itu bagaikan buih-buih laut sahaja. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook