Latest News

Tuesday 17 January 2017

Pembongkaran Skandal RASUAH JANS Kini Hangat Dipolitikkan!


KERAJAAN Sabah, meskipun merupakan benefisiari terhadap skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dibongkar SPRM pada 4 Oktober tahun lalu, namun kerajaan negeri tidak ada kuasa menghadapkan para individu yang telah ditangkap sebagai orang kena tuduh (OKT) ke mahkamah kerana kuasa itu berada ditangan SPRM.

Pembongkaran SPRM itu kini telah dipolitikkan lagi oleh berbagai pihak atas sebab pembongkaran itu telah melibatkan jumlah wang yang cukup banyak. Apatah lagi sebahagian wang harta yang dirampas dipertontonkan kepada orang awam.

Cerita berkaitan skandal itu dilatarbelakangi dengan dana RM3.3 bilion daripada KKLW daripada tahun 2010-2015.

Isu bekalan air sangat dekat di hati rakyat Sabah secara umumnya kerana sebahagian besar kawasan pedalaman negeri berdepan dengan masalah bekalan air bersih.

Kerajaan Negeri Sabah memang mengharapkan pihak SPRM mendakwa mereka-mereka yang terbabit ke mahkamah atas kesalahan rasuah. Setakat ini, tiga (3) individu yang rapat dengan skandal itu didakwa dengan tuduhan pengubahan wang haram. Manakala seorang lagi, belum didakwa iaitu Timbalan Pengarah JANS berikutan seseorang itu tidak boleh didakwa berlapis untuk satu skandal/kesalahan yang berkait.

Demi pencerahan, SPRM kena bertindak cepat bagi merungkai skandal itu kerana ianya boleh memalitkan imej buruk kepada kerajaan negeri. Hal ini kerana isu ini boleh sahaja diputar belit pembangkang demi matlamat politik mereka sewenang-wenangnya.

Anggapan rakyat jika skandal itu tidak dirungkai, maka sudah tentu ada persepsi keterkaitan dengan pemimpin kerajaan sehinggakan ianya berlaku ibarat, "orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook