Latest News

Tuesday 3 January 2017

PEMFITNAH Kena Berpaut Pada Sumber FITNAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Exclusive new years Revelation 2017... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

BAGI mereka yang mengikuti isu-isu fitnah, siapa yang tidak tahu warga Swiss yang bersembunyi di hutan Sarawak dan bergabung dengan penduduk Penan semata-mata untuk membuat laporan fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud pada awal tahun 90-an. Bruno Manser bersekongkol dengan Clare Rewcastle Brown menerbitkan Sarawak Reports untuk menabur fitnah di peringkat antarabangsa berkaitan Taib. Apabila gagal menjatuhkan Taib, maka Sarawak Reports dan Bruno beralih ke Sabah dan mengkhususkan serangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Modus operandi yang sama dilakukan adalah sama semasa menabur fitnah terhadap Taib Mahmud. 

Mereka merekayasa berbagai dokumen palsu dan mereka terbitkannya sebagai benar. Maka, berlegar-legarlah terbitan fitnah di alam maya dan apabila di google, pasti mengarah ke laman Sarawak Reports dan laman-laman lain yang seagenda dengan mereka. Itu dulu.

Di Sabah, seorang pemuda yang kecewa iaitu saudara Jufazli Shi Ahmad hanya kerana gagal menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia tidak mendapat sokongan sebaya. Maka, mengambil tindakan memfitnah Ketua Menteri dan keluarga serta kerajaan Barisan Nasional semata-mata untuk mahu jadi popular di laman sosial.

Kini, pemuda itu mengambil risiko untuk dirinya apabila mendakwa bahawa pihak polis telah meminta maaf kepadanya kerana telah menangkap dia pada 9 hingga 15 November 2016 yang lalu untuk satu soal siasat berikutan fitnah di laman sosial. Malah, dalam dakwaan terbaru yang kononnya pihak polis telah maklum bahawa Musa memang pengamal rasuah. Atas asas itu, pihak polis meminta maaf.

Melalui rakaman video terkini pemuda itu berbohong lagi. Berkaitan mantan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Teo Chee Kong yang ditahan SPRM pada 4 Oktober 2016 yang kononnya dikekalkan pada jawatan dan tidak didakwa di mahkamah. Sedangkan, pegawai itu telah digantung tugas bermula pada 4 Oktober 2016.

Jufazli membangkitkan semula isu RM40 juta wang UMNO yang ditahan di Hong Kong pada tahun 2009. Sedangkan, isu itu telah diperakui oleh Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) yang menjalankan siasatan terhadap wang itu bahawa wang itu bukan milik Musa, sebaliknya parti UMNO. Di Samping itu, SPRM juga memperakui bahawa wang itu memang wang parti dan tiada kaitan dengan Musa secara peribadi.

Berkaitan dengan dakwaan yang kononnya Musa mempunyai wang yang disimpan di Bank Swiss (UBS) seperti mana dakwaan Bruno dan Sarawak Reports, tiada kebenaran mengenainya dan tiada pihak di Swiss yang mengesahkan dakwaan itu. Kalau ditelusuri dakwaan itu hanya berpunca daripada Sarawak Reports dan Bruno Manser Fund (BMF) sahaja. Oleh kerana sifat BMF dan Sarawak Reports mereka-reka laporan-laporan fitnah dan bohong, maka adalah membuang masa menyiasat isu-isu yang dilaporkan dua badan pemfitnah itu.

Berkaitan dengan loji air Semporna, ada dua fasa. Fasa membina loji air dibiayai dan diurus oleh KKLW. Manakala sambungan perpaipan daripada loji ke rumah-rumah pengguna oleh kerajaan negeri. Yang diselewengkan adalah pembinaan loji dan bukannya perpaipan. 

Kini, Jufazli Shi Ahmad memasukkan dirinya sebagai pemfitnah dan pembohong. Kalau seseorang sudah memutuskan dirinya sebagai pemfitnah dan pembohong adalah sukar memulihkan keadaan seseorang itu kecuali memberi kursus di belakang tirai besi atau menghantarnya di pusat pemulihan akhlak atau rumah sakit mental.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook