Latest News

Friday 13 January 2017

Penyokong Pembangkang Bergembira Kematian Tan Sri Adenan Satem PANAS!!!


TINDAKAN biadap yang dilakukan cybertrooper pembangkang apabila menyambut kematian Ketua Menteri Sarawak Ke-5, Tan Sri Adenan Satem dengan kegembiraan. Mereka bukan sahaja bergembira bahkan ada yang meminta supaya Tuhan tidak menerima beliau ke alam syurga sebaliknya di masukkan ke neraka.

Penyokong pembangkang begitu benci kepada mantan Ketua Menteri Sarawak itu ekoran kekalahan teruk parti-parti pembangkang khususnya parti DAP pada PRN Sarawak bulan Mei tahun lalu.

Cubaan pembangkang mengeksploitasi agama khususnya agama Kristian dapat dineutralisasikan oleh faktor Adenan pada PRN Sarawak itu sehinggakan parti-parti pembangkang khususnya parti DAP dan PKR tidak mendapat sokongan daripada rakyat Sarawak.

Parti pembangkang khususnya DAP mahu mengeksploitasi hal agama di Sarawak kerana parti itu maklum bahawa lebih 60 peratus rakyat negeri itu beragama Kristian.

Budaya benci dan berpuak amalan parti DAP cuba dibawa di Sarawak untuk memecah belah keharmonian antara kaum di negeri itu yang telah berjalan ratusan tahun.

Sebenarnya, bagi negeri-negeri di Borneo latar belakang agama dan kaum bukan penghalang kepada keharmonian, namun akibat politik benci dan berpuak-puak yang diamalkan parti DAP telah mewujudkan ekstremis kaum dan agama.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila ada individu yang sanggup bergembira kerana kematian seseorang. Tidak kiralah yang meninggal itu apakah pemimpin atau rakyat biasa, kita perlu berkongsi kesedihan kerana tiada manusiapun yang akan kekal hidup sebaliknya berdepan dengan kematian jua.

Terlihat bagaimana penghinaan secara tidak langsung dilakukan pembangkang termasuk pemimpinnya apabila Lim Kit Siang menggunakan perkataan “Al-Fatihah” semasa mengucapkan ucapan belasungkawa terhadap kematian Tan Sri Adenan Satem. Sedangkan, kalimah itu hanya boleh digunakan oleh mereka yang beragama Islam sahaja yakni yang telah mengucapkan 'Kalimah Syahadah'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook