Latest News

Wednesday 4 January 2017

'PERNIAGAAN ROKOK SELUDUP' Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jika peniaga-peniaga tempatan berniaga tembakau kering hasil dari kebun mereka... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

JABATAN Kastam memang kerap menjalankan operasi menangkap rokok seludup. Namun, tidak penah pupus walaupun operasi itu telah berlangsung lebih 30 tahun. Sebabnya, ada sahaja yang menjalankan aktiviti rokok seludup khususnya rokok daripada Indonesia dan Filipina dan kini daripada negara China.

Penjual rokok seludup rata-rata pelarian daripada Filipina yang memegang dokumen IMM13 kerana aktiviti itu sebahagian daripada cara mereka mendapatkan pendapatan. Bagi mereka yang tertangkap menjual rokok, pihak berkuasa hanya merampas rokok-rokok tersebut dan tidak mengenakan hukuman penjara atau denda kecuali pada mereka yang menjalankan aktiviti peruncitan. Selain rokok dirampas, akan juga dikenakan denda mengikut nilai rampasan.

Bagi penjual rokok kaki lima, mereka ini bertindak seperti kucing dan tikus antara mereka dengan penguatkuasa. Dan jika mereka tidak sempat menyembunyikan rokok seludup yang mereka jual, mereka meninggalkan atau mencampakkan rokok-rokok tersebut di kaki lima dan mereka berdalih bahawa rokok-rokok itu bukan kepunyaan mereka.

Mungkin penjual rokok seludup ada rakyat tempatan kerana ikut sama berniaga rokok seludup. Akan tetapi yang pasti, majoriti penjual adalah mereka yang memegang dokumen kad pelarian.

Mengapa rokok seludup sukar dibanteras? Sebabnya, rokok seludup mempunyai pembeli tersendiri khususnya perokok tegar yang tidak mampu membeli rokok rasmi yang mahal malah harganya adalah 4 kali ganda.

Perokok tegar yang tidak mampu membeli rokok rasmi kebiasaannya menghisap jenama seperti Era, Premium, L.A. malah Gudang Garam jenis seludup.

Selagi ada permintaan rokok seludup, maka penjual rokok itu sukar dibanteras, apatah lagi ada pihak-pihak tertentu melindungi mereka itu. Bayangkan, rokok seludup begitu mudah didapati di pekan-pekan termasuk Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook