TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Jangan 'cuba-cuba' tukar kerajaan... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
PESANAN yang disampaikan, jangan cuba-cuba menukar kerajaan yang juga membawa makna ibarat, "jangan bunuh angsa bertelur emas".
Bagi mereka yang mengikuti sejarah politik Sabah bermula sejak tahun 1963, kemiskinan Sabah berpunca daripada bertukar-tukarnya kerajaan. Sejak merdeka, Sabah telah mengalami 4 kali perubahan kerajaan dan masa gelap Sabah semasa tahun 1985 hingga tahun 1994 apabila Perdana Menteri pada masa itu menghukum Sabah dengan menyekat peruntukan kewangan untuk pembangunan dan aktiviti ekonomi.
Sejak tahun 1963, apabila berlaku perubahan kerajaan negeri mereka yang mengganti seolah-olah seperti tikus membaiki labu sahaja kecuali selepas Parti BN yang diterajui Parti UMNO mengambil alih kerajaan dan bermula pada tahun 2003, di mana Sabah mula mengorak langkah menuju kemajuan sebenar.
Kerajaan BN Sabah memerlukan 9 tahun bermula tahun 1994 bagi memulihkan keadaan yang parah yang melanda Sabah baik dari segi perancangan mahupun kestabilan politik dengan memulihkan keadaan semula untuk menarik kepercayaan pelabur melabur di Sabah dan sebagainya.
Pembangunan Sabah berjalan sesuai dengan perancangannya kerana adanya kestabilan politik. Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Halatuju Sabah yang berakhir pada tahun 2025 dan jika semuanya berjalan lancar tanpa gangguan atau perubahan kerajaan, maka Sabah akan terlepas landasan (take off) pada tahun itu.
Terlewatnya Sabah setelah terlepas landas untuk menjadi negeri maju kerana impak kepada terjadinya perubahan kerajaan.
Bayangkan, jika kerajaan Sabah jatuh ke tangan pembangkang di mana para pemimpinnya merupakan para pemimpin rakus dan tamak, pasti Sabah akan kembali miskin semula seperti sebelum tahun 2004 di mana kadar kemiskian melebihi 30 peratus. Bayangkan!
Bayangkan, jika kerajaan Sabah jatuh ke tangan pembangkang di mana para pemimpinnya merupakan para pemimpin rakus dan tamak, pasti Sabah akan kembali miskin semula seperti sebelum tahun 2004 di mana kadar kemiskian melebihi 30 peratus. Bayangkan!
0 comments:
Post a Comment