Latest News

Tuesday 10 January 2017

PRU-14 Sabah Hanya Menghitung Hari


MESKIPUN 13 kawasan baru DUN Sabah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah akan tetapi, ianya perlu diluluskan di Dewan Rakyat. Usul berkenaan tambahan kerusi DUN itu akan dibentangkan pada Mac ini dan berkuatkusa selepas digazetkan.

Selepas sahaja tambahan kerusi DUN Sabah diluluskan, semacam berlaku hingar-bingar antara komponen parti BN Sabah kerana masing-masing parti mahukan tambahan kerusi. Para pemimpin parti tidak sabar-sabar menunggu keputusan pucuk pimpinan bagi memutuskan komponen parti mana yang perlu diberikan tambahan kerusi. 

Asas kepada tambahan kerusi bagi setiap parti sangat bergantung kepada kekuatan parti itu untuk menang dan bukannya hanya sekadar bertanding.

Bagi mengelak pertembungan pendapat dan keinginan antara komponen parti BN Sabah, maka adalah moleknya mengguna pakai jumlah kerusi yang sedia ada iaitu 60 kerusi. Jika demikian keputusannya, maka besar kemungkinan pilihan raya negeri Sabah akan kembali berasingan dengan Parlimen dan kembali kepada sistem sebelum tahun 1999. Jika itu yang ditempoh, maka PRU-14 hanya akan menghitung hari daripada sekarang hingga pada bulan Mac 2017.

Pada PRU-13, daripada 60 kerusi DUN yang dipertandingkan di Sabah, parti Barisan Nasional (BN) menang 48 kerusi dan 12 dimenangi parti pembangkang.

Jika PRU-14 Sabah diawalkan, maka pembahagian kerusi antara komponen parti BN Sabah akan mngikuti pembahagian pada PRU-13 dan riuh-rendah mengenai tambahan kerusi akan lenyap untuk sementara waktu.

Adalah lebih elok mempertahankan sesuatu yang telah disepakati berbanding menyusun semula sesuatu yang baru yang mengundang berbagai reaksi.

Dalam keadaan politik sekarang, bagi memastikan BN Sabah kekal sebagai 'simpanan tetap BN', maka selayaknya PRU-14 Sabah diawalkan. Fikir-Fikirkanlah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook