Latest News

Thursday 19 January 2017

PRU Bertujuan Meminta MANDAT BARU Daripada Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO Sabah Sedia Hadapi PRU... Oleh FB Jayme Jaime (screenshot)

MELALUI pertimbangan berbagai isu yang melanda negara khususnya isu-isu fitnah dan pembohongan, maka para pemimpin kerajaan tidak dapat menumpukan masa dan fikiran sepenuhnya terhadap perancangan program atau projek untuk membela rakyat ekoran terpaksa menjawab fitnah dan pembohongan tersebut. 

Pembangkang, sebaik sahaja kalah pada PRU-13 yang diadakan pada Mei 2013 lalu, kini telah mempergiatkan lagi aneka berbagai fitnah dan pembohongan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Atas sebab itu, kerajaan Parti Barisan Nasional yang sedang memerintah mahu rakyat membuat pendirian apakah mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu atau kekal menyokong kerajaan yang senantisa membela rakyat!

Pilihan Raya Umum (PRU) bertujuan meminta mandat daripada rakyat sama ada rakyat menyokong cara kerajaan mengurus negeri atau negara. Atau, lebih yakin kepada cara pembangkang yang menjanjikan bulan bintang, politik retorik dan politik kebencian.

Para pemimpin Parti Barisan Nasional, sebaik sahaja menubuhkan kerajaan pada Mei 2013 terus mengorak langkah memajukan negeri dan para pemimpin mengambil pendekatan turun padang supaya dekat dengan rakyat sambil mendengar degup jantung rakyat sebagai pemudah cara untuk membela mereka.

Pemimpin Sabah yang dimotori Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman telah mengambil pendekatan iaitu turun padang sebagai kaedah jitu bagi mendekati rakyat selain memastikan semua program atau projek yang berorentasikan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah pada Rabu lalu di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kota Kinabalu, Musa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah telah membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah telah siap sedia berdepan dengan PRU-14. Oleh kerana menurut beliau, sebenarnya UMNO senantiasa bersiap sedia setiap masa dan ketika kerana parti dan pemimpinnya sudah bekerja sepanjang masa, bukannya hanya semasa musim pilihan raya sahaja seperti mana amalan parti pembangkang di mana tindakan mereka hanya 'musiman'.

Jika PRU-14 Sabah diadakan sebelum April 2017, maka jumlah DUN yang bakal dipertandingkan hanya 60 kerusi. Pada PRU-13 yang lalu, parti Barisan  Nasional telah menang 48 kerusi dan jumlah itu merupakan kuasa 2/3.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook