Latest News

Thursday 19 January 2017

RM100 Juta Untuk Bekalan Air Ke Pulau Gaya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dr. Tan Seng Giaw should ask directly to Musa Aman as to where has the RM100Million was spent on to... Oleh FB Jo nandu (screenshot)

PROJEK Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke Pulau Gaya yang bernilai RM100 juta telah dilaksanakan sepenuhnya oleh KKLW melalui agen kementerian itu, Jabatan Air Negeir Sabah (JANS).

Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah) telah diberitahu pada November 2016 bahawa pelantikan kontraktor pembayaran tuntutan kontraktor seluruhnya dilaksanakan KKLW termasuk pemantauan projek tersebut. Kerajaan Negeri Sabah hanya bergantung kepada laporan Jabatan Air Negeri Sabah apakah projek itu siap ataupun tidak. Memandangkan berlakunya penglibatan para pegawai JANS menyeleweng dana daripada KKLW, maka kerajaan Sabah sebagai benefisiari tertipu bulat-bulat berkaitan Laporan JANS.

Memang berlaku teguran Ketua Audit Negara (KAN) berkenaan dengan projek bekalan air itu, namun teguran itu bukan ditujukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada kementerian (KKLW).

Pembongkaran penyelewengan dana bekalan air luar bandar di Sabah yang melibatkan dana RM3.3 bilion didedahkan oleh SPRM pada 4 Oktober tahun lalu apabila menangkap Pengarah dan juga Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Melalui penangkapan itu, SPRM telah menyita wang tunai dan harta bernilai lebih RM200 juta.

Kerajaan Negeri sebagai benefisiari terhadap dana RM3.3 bilion di mana RM100 juta projek BALB Pulau Gaya adalah sebahagian daripada dana itu merasa dirugikan kerana dana yang begitu besar, seharusnya telah menyelesaikan BALB Sabah tetapi sebaliknya bekalan air bersih tidak dinikmati rakyat dan isu masalah air di Sabah masih dibelenggui.

Bertanyakan Datuk Seri Musa Aman berkenaan dengan projek bernilai RM100 juta itu, tidak membawa sebarang penyelesaian. Ini kerana Ketua Menteri itu bukan sahaja sangat marah terhadap tindakan pihak-pihak tertentu dalam KKLW dan JANS, malah beliau sendiri berkata, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka itu termasuk manusia-manusia durjana kerana sanggup mengetepikan keperluan rakyat yang memerlukan semata-mata untuk kepentingan peribadi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook